Followers

Thursday, 6 September 2012

Himpunan Janji Demokrasi - Juak-Juak Pakatan Haprak Ketagih Lama Dah !!


Sambutan malam Merdeka sudah pun berlalu dan sambutan pada tahun ini menyaksikan ianya sedikit berbeza apabila juak-juak Pakatan Haprak turut sama meraikannya.Walaupun cara mereka meraikannya agak sedikit berbeza dengan kebanyakkan rakyat Malaysia yang lain namun hakikat sebenarnya adalah mereka turut bersama dalam sambutan tersebut.

Mungkin ramai yang agak pelik dengan tulisan di atas seolah-olah dilihat semacam MMI menyokong tindakan juak-juak Pakatan Haprak pada malam sambutan Kemerdekaan negara namun perlu diingat mereka-mereka yang hadir ke Dataran Merdeka pada malam tersebut hanya mempunyai dua matlamat.

Pertama untuk sama-sama meraikan sambutan Kemerdekaan negara seterusnya mengakui bahawa Malaysia yang selama ini dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional mampu dan berjaya membawa negara ke tahap hari ini.

Keduanya datang dengan niat untuk mengkucar-kacirkan suasana mahupun menunjuk perasaan anti kerajaan seperti mana yang menjadi pegangang puak-puak Pakatan Haprak.

Maka sebagai pembaca anda sudah boleh menentukan siapakah mereka yang hadir pada malam sambutan kemerdekaan tersebut berdasarkan tingkah laku dan tindakan mereka.

Dari pemerhatian MMI , apa yang berlaku pada malam sambutan kemerdekaan baru-baru ini adalah kerana keinginan juak-juak Pakatan Haprak yang selama ini begitu berkeinginan untuk sama-sama hadir menyambut kemerdekaan negara tetapi tidak dapat berbuat demikian mungkin kerana di halang mahupun atas faktor politik.

Sekiranya kita amati betul-betul satu laporan daripada mediaselangorku.com yang bertajuk Janji Demokrasi : Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir menunjukkan betapa terdesak dan berkeinginannya mereka untuk bersama-sama dalam sambutan tersebut.

Jika pembaca meniliti setiap perkataan yang ditulis dalam laporan tersebut ianya cukup jelas membuktikan bahawa mereka selama ini tidak pernah hadir dalam mana-mana acara sambutan Kemerdekaan negara kerana penulis menggambarkan seolah-olah selama ini tiada langsung bangsa Cina dan India bersama-sama dalam sambutan kemerdekaan negara.



MMI juga nak mengajak semua untuk melihat rakaman ini apakah Himpunan Janji Demokrasi pada malam Merdeka baru-baru ini benar-benar menghimpunkan seluruh bangsa di Malaysia untuk sama-sama menyambutnya ?

 

Bayangkan apabila keinginan juak-juak Pakatan Haprak yang selama ini terpendam tiba-tiba berpeluang untuk meraikannya maka sudah tentulah kelakuan dan sikap mereka berubah kerana kegirangan yang teramat sangat lalu berlakulah kejadian-kejadian tunjuk punggung dan aksi pijak memijak gambar YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kadang-kadang nak tergelak pun ada melihat kelakuan puak-puak ni sudahlah seperti kera terlepas kandang , aksi yang dipertontonkan pula langsung tidak menunjukkan mereka itu bertamadun.


Jadi bagaimanakah kita sebagai rakyat kepada sebuah negara Merdeka seperti Malaysia mahu puak-puak yang tidak bertamadun ini untuk memimpin kita dan seluruh generasi kita selepas ini ?

MMI tak sanggup dan kerana itulah MMI akan terus berjuang untuk memastikan legasi yang dipertaruhkan hari ini mampu di pelihara supaya kita dapat menyerahkannya kepada generasi selepas kita dalam keadaan negara dan rakyatnya masih bertamadun.


Satu yang mahu dikongsikan bersama , MMI bukanlah hebat sangat macam ulama-ulama politik PAS yang senang-senang keluarkan fatwa menghalalkan sesuatu cumanya satu perkara yang harus kita sebagai rakyat apatah lagi yang beragama Islam ini untuk faham bahawa suka atau tidak kita kepada pemimpin negara yang masih beragama Islam (ada syarat-syaratnya) itu tidak diambil kira dalam konsep siasah (politik) Islamiyyah, yang penting ialah kita mengetahui HAK RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH & HAK PEMERINTAH TERHADAP RAKYAT seperti yang telah dianjurkan oleh hadis-hadis sahih yang dipegang oleh Ahlul Sunnah (terutamanya Manhaj Salaf) selama ini.

Kita semua berhak suka atau tidak kepada Ulul Amri secara peribadi, tetapi untuk menzahirkan KEBENCIAN atau KETIDAK-SUKAAN terhadap Ulul Amri kita kepada khalayak ramai sehingga boleh mempengaruhi pandangan rakyat (orang ramai) terhadap pemerintah Muslim yang sah, maka itu telah jatuh ke hukum menghasut (sama ada sengaja atau tidak) dan menuju ke arah unsur-unsur BUGHAH-KHURUJ seperti sifat golongan KHAWARIJ. 

Sama-sama kita fikirkan !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels