Followers

Thursday 6 September 2012

PAS Tawar Rasuah Pada Ketua UMNO !!


Kali ni MMI nak bawa cerita terbaru berkenaan parti PAS yang selama ni dikatakan cukup suci dari amalan-amalan rasuah dan perkara-perkara mungkar ni.

Maklumlah parti PAS dipimpin oleh Mursyidul Am yang katanya bertaraf ulama jadi sesiapa saja yang didapati buat salah mahupun terjebak dengan perkara-perkara yang menyimpang dengan Islam tak perlu risaulah sebab pemimpin tu mampu memaafkan mereka.

Pernah berlaku dah bro , tunggu beliau buat sembahyang istikarah lepas tu besok hilanglah dosa si pembuat onar tersebut.Hehe memang terbaik lah puak-puak ni..

Terbaru seorang Ketua UMNO dari sebuah Dewan Undangan Negeri yang diramalkan akan dimenangi oleh Barisan Nasional dalam PRU ke 13 akan tinggalkan UMNO pada minggu hadapan.

Tindakan itu dibuat oleh pemimpin tersebut setelah beliau ditawarkan ‘ratusan ekar tanah’ di sempadan Gua Musang – Kuala Krai oleh seorang pemimpin PAS dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang juga tokoh Ulama PAS Pusat. Tawaran itu diputuskan dua minggu lepas di Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebagai syarat yang dikenakan untuk mendapat habuan ‘ratusan ekar’ tanah itu, Ketua UMNO tersebut hendaklah mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS serta hadir memberi ceramah di pentas PAS di Parlimen Tumpat pada pertengahan minggu hadapan.

Ketua UMNO itu hadir ke Kota Darulnaim dua minggu lepas bersama seorang bekas Pegawai Daerah yang turut pernah memegang jawatan di sebuah anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. 

Tujuan beliau ke sana ialah untuk mengadu berhubung permohonan tanah oleh beliau yang sudah beberapa tahun tidak dilayan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Di dalam pertemuan tersebut Ketua UMNO itu dimaklumkan permohonannya hanya akan diluluskan sekiranya beliau bersetuju untuk menyertai Parti PAS dan membuat ceramah di perkarangan rumah pemimpin PAS yang ditemuinya di Kota Darulnaim itu.

Pemimpin PAS Kelantan yang membuat tawaran rasuah itu juga adalah salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan.

Sebelum ini Ketua UMNO tersebut mengaku pernah memberikan wang sejumlah RM30,000 kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan dari PAS.

Persiapan telah dibuat untuk meraikan kemasukan Ketua UMNO ini pada pertengahan minggu hadapan, antara lain untuk melemahkan jentera BN di DUN tersebut. Sementara itu beberapa pihak yang mengetahui hal ini sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sejauh mana kebenaran berita ini sama-sama kita tunggu dan lihat.

Bagi MMI mudah saja , dalam detik waktu pilihan raya yang makin hampir sesiapa saja dari UMNO mahupun Barisan Nasional yang nak lompat mahupun bertukar parti silakan berbuat demikian kerana ianya memudahkan pucuk pimpinan untuk mengenal pasti hanya mereka yang benar-benar layak sahaja di ketengahkan sebagai calon Barisan Nasional.

Dalam masa yang sama sekira perkara tersebut benar-benar berlaku maka ianya memperkukuhkan dakwaan bahawa amalan rasuah yang diceritakan wujud dalam PAS adalah benar.

Psstt MMI sendiri pernah melihat dengan mata kepala sendiri juak-juak PAS beratur panjang untuk dapatkan duit masa kempen pilihan raya mengalahkan mat-mat bangla dok beratur di Lorong Haji Taib.

Sumber kickdefella

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels