Followers

Thursday, 20 September 2012

Himpunan Sejuta Umat - Antara Perjuangan & Kepentingan Politik !!


Nampaknya api kemarahan orang-orang Islam di Malaysia semakin membara semuanya gara-gara sebuah filem penuh kontroversi yang kini sudah mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam di dunia.

Malaysia juga tidak ketinggalan dan satu himpunan sudah pun diatur pada 21 September 2012 di Masjid Tabung Haji seperti mana yang tercatat dalam poster di atas.

Menjadi harapan MMI supaya perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan minta dijauhkan dari sebarang tindakan keganasan oleh mana-mana pihak.Ini penting supaya orang-orang Islam di Malaysia dilihat sebagai umat Islam yang paling berhemah dan terpuji tidak sepertimana yang berlaku di luar negara.

Namun timbul satu persoalan dalam diri MMI apakah himpunan itu nanti bakal berjalan dengan baik ?

Ini kerana melihat kepada isu terbaru berkenaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat , Nasrudin Hassan menempelak tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan keputusan sayap parti itu untuk mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini, serentak dengan yang dirancang oleh Pemuda Umno.

Menurut Nasrudin, beliau tidak melihat wujud perkara yang boleh dipolemikkan dan menegaskan ia tidak sepatutnya dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu memandangkan ianya melibatkan penghinaan kepada umat Islam.

Katanya lagi, isu sama ada Pemuda PAS dijemput oleh Pemuda Umno juga tidak wujud memandangkan pihaknya lebih awal membuat pengumuman untuk berdemo iaitu sebelum jemputan diterima.

“Kami telah umumkan kepada media program itu sejak Rabu 12 sept yang lalu. So (Jadi) apa polemiknya ?

“Tiba-tiba Isnin lepas (17 Sept) saya dimaklumkan bahawa Pemuda Umno ada mengajak Pemuda PAS untuk turun demo sekali. Itupun saya hanya tahu melalui media.Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw. yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam.

“Kalau 17 September baru nak jemput kami, memang terlalu lambat lah sebab kami dah setup (membuat perancangan) segalanya lebih awal,” katanya.

Melihat kepada apa yang diungkapkan oleh Nasrudin nampaknya sudah wujud sikap berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa yang dulu merancang untuk mengadakan perhimpunan tersebut.Ini pastinya bakal menyebabkan berlakunya satu pertembungan yang berkepentingan politik yang mungkin mampu mencetuskan sesuatu pada hari perhimpunan nanti.

Apakah sikap ini seharusnya ditunjukkan sedangkan matlamat utamanya adalah perhimpunan mengutuk tindakan pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW ?

Dan lebih malang lagi kerana mahu membuktikan mereka yang terawal serta sikap ego seorang pemimpin maka terpacullah perkataan "kami terlebih awal telah DI JEMPUT oleh Nabi kami SAW".Klik Sini dan Sini.

MMI pun hairan mengapa dalam keadaan sebegini orang Islam masih lagi melihat kepentingan politik itu sebagai garis pemisah walaupun niat dan matlamatnya sama.

Bagi MMI sekiranya beginilah sikap pimpinan dan mereka-mereka yang mahu turun berhimpun pada 21 September nanti adalah lebih baik sekiranya semua umat Islam di Malaysia mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat di semua masjid di seluruh negara memohon kepada Allah SWT supaya kejadian seperti ini tidak berulang seterusnya memberikan kekuatan kepada seluruh umat Islam dan dibukakan hati kita untuk bersatu.

Bukankah ianya lebih baik daripada masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih Islam dan siapa lebih kedepan dalam soal yang seharusnya semua umat Islam bersatu hati ?

Tepuk Dada Tanya Iman..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels