Followers

Wednesday, 19 September 2012

Mesti Baca - Sejauh Mana Keikhlasan DAP Berjuang Bersama PAS ??


Sengaja MMI letakkan gambar diatas bagi menunjukkan kepada kelian semua itulah PAS hari ini.Menggadaikan maruah dan perjuangan parti semata-mata mahu menjahanamkan UMNO.

Ramai yang dah jemu dengan kenyataan tersebut malah sikap PAS yang makin hari makin meroyan dek kerana dasar dan prinsip mereka sendiri membuatkan ramai sudah pun menolak perjuangan parti tersebut.

MMI mahu bertanya kepada semua sehingga ke detik ini , hampir 5 tahun PAS bersama sahabat syurga mereka DAPigs dan PKR apakah kebaikan yang telah mereka bawa dan salurkan kepada rakyat ?

Jika ada tolong nyatakan di ruangan komen keranan MMI benar-benar mahu mengetahuinya malah seluruh rakyat Malaysia juga mahu mengetahuinya.

Apa yang berlaku dalam PAS hari ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu lakonan penuh dendam kepada UMNO serta sifat taksub yang melampau terhadap seorang pemimpin seperti Nik Aziz.

Lihat saja perkabaran terbaru apabila soal hudud sekali lagi menjadi mainan politik Pakatan Haprak yang turut di sertai oleh PAS.

Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tetap melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.

"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.

Beginilah selalunya sikap PAS dan sahabat syurga mereka apabila sering kali akan melolong isu hudud apabila masa pilihanraya makin hampir.

Pernahkah anda semua mendengar isu ini diperkatakan semenjak 2008 yang lalu ?

Lihat juga bagaimana DAPigs hari ini melalui Karpal Singh tetap menolak pelaksanaan hudud malah berniat pula untuk memberikan nasihat kepada PAS supaya mematuhi peruntukan perlembagaan sedangkan sebelum ini PAS lah yang mengaku bahawa mereka sentiasa memberika kefahaman berkenaan Islam terhadap pemimpin dan ahli-ahli DAPigs.

PAS ternyata banyak berbohong demi politik murahan mereka yang penuh dendam kesumat.

Malah sikap berdiam diri kepimpinan utama DAPigs , Guan Eng dan Kit Siang serta barisan pimpinan lainnya dalam soal pelaksanaan hudud oleh PAS antara bukti jelas sahabat sesyurga PAS ini hanya mahukan jalan selamat melalui undian dan sokongan orang-orang Melayu untuk menang dalam pilihanraya nanti.

Bekas Ketua Cawangan DAPigs Sg. Pelek, R. Vellasamy mendakwa parti itu berkemungkinan akan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum iaitu setelah mendapat undi orang Melayu.

Menurutnya, 'Dinasti Lim' yang diterajui oleh Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, gusar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menentang hudud kerana takut kalah pada pilihan raya akan datang.

"Mereka anak beranak cuma ada satu agenda iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang tanpa kehilangan sokongan orang Melayu serta kehilangan beberapa kawasan dengan mudah. Selepas menang nanti, dengan senang hati, mereka akan menggunakan alasan hudud untuk keluar daripada pakatan pembangkang.

Apakah mata dan telinga pimpinan PAS itu buta dan pekak ? Bayangkan mereka yang berbangsa India pun dapat melihat apa yang bakal berlaku dalam Pakatan Haprak sedangkan PAS masih terkial-kial mencari sejuta alasan untuk menghalalkan setiap perbuatan mereka bersahabat dengan DAPigs.

Ada benarnya kenyataan daripada bekas ketua cawangan DAPigs tersebut , apatah lagi dengan cabaran daripada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mencabar parti itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang seandainya menolak pelaksanaan hukuman hudud oleh Pas.

Vellasamy mendakwa, Karpal akan terus dipergunakan dan dibiarkan berjuang keseorangan sehingga dibenci oleh masyarakat Melayu kerana menentang hudud walaupun majoriti DAP tidak bersetuju dengan hukuman tersebut.

"Walaupun pimpinan tertinggi DAP menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Karpal, mereka hanya cakap-cakap kosong sahaja kerana semua takut kepada 'Dinasti Lim.'

"Pemimpin lain dalam DAP mendiamkan diri daripada terus menentang secara terbuka kerana takut akan kehilangan peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Adakah golongan ini layak dipanggil pemimpin untuk memimpin negara?

"Karpal disukai oleh segelintir rakyat serta beberapa pemimpin lain kerana lebih telus dan lantang. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya Pengerusi ini turut disingkir satu hari nanti kerana kelantangan beliau menyusahkan dinasti itu, " jelasnya.

Beliau menambah, setiap kali dipersoalkan, Kit Siang dengan bijak akan memainkan isu lain bagi terus mengelirukan rakyat.

"Sehingga kini Kit Siang dan Guan Eng hanya mendiamkan diri walaupun didesak berkali-kali untuk mengeluarkan kenyataan. Kita tahu tentang agenda mereka semata-mata untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti."

Bukan senang untuk menyedarkan orang-orang Melayu yang sebahagiannya sudah pun berjaya diliwat pemikiran mereka oleh sekumpulan pemimpin dan parti yang berselindung di sebalik perjuangan agama.

Namun lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang , dimana suara dan ketegasan pemimpin PAS dan PKR dalam membela nasib orang-orang Melayu dan agama Islam ?

Jangan lupa Mansor Othman yang berjawatan Timbalan Ketua Menteri pun dalam satu sidang akhbar berkenaan isu "Tokong" dilihat seolah-olah robot yang alat kawalannya dipunyai oleh Guan Eng.

Lihat juga bagaimana Salleh Man yang terus-terusan ditipu malah dinafikan haknya sebagai seorang wakil tunggal dalam PAS langsung tidak di lantik sebagai exco kerajaan negeri hanya baru-baru ini saja diberikan tanggungjawab sebagai YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang itupun hanya setelah 4 tahun rejim DAPigs memerintah Pulau Pinang.

Apakah itu menunjukkan sifat toleransi wujud dalam kerajaan negeri pimpinan DAPigs ?

Sedarlah semakin ramai rakyat sudah melihat akan kepincangan yang cuba ditutup oleh Pakatan Haprak di Pulau Pinang dan bagaimana suara pemimpin-pemimpin Melayu khususnya dari PAS dianggap sebagai suara picisan sahaja kerana langsung tidak mampu bangun untuk bersuara.

Apakah ianya kerana kelemahan individu ? Sebenarnya ianya bermula daripada pendirian parti PAS itu sendiri yang sentiasa mahu melihat juak-juaknya dijadikan pencacai bagi memenuhkan ruang pentas ceramah selain bertempik sorak takbir yang mampu membuatkan Guan Eng dan konco-konconya tersenyum.

Sejauh mana anda yakin akan keikhlasan DAP berjuang bersama PAS dalam Pakatan Haprak ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels