Followers

Tuesday, 4 September 2012

Ikhlaskah Nik Aziz ?? Pijak Gambar Pemimpin Tindakan Memalukan !!


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat memalu dan mendukacitakan.

Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang mengamalkan tata susila yang tinggi sejak sekian lama. “Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.

“Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).


Bukan Melayu ka ni ? Nik Aziz tengok gambar lain agaknya..

“Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah,” kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita pada jamuan Aidilfitri Sinar Harian di Pengkalan Chepa, di sini.


Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.

“Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera…bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya,” kata beliau.

MMI tumpang gembira mendengar kenyataan daripada Nik Aziz berkenaan insiden yang berlaku pada malam merdeka baru-baru ini.

Tetapi jauh di sudut hati MMI masih sangsi dengan prinsip Nik Aziz kerana beliau sering saja dilihat goyah dengan kenyataannya sendiri.Sebelum ini pun sudah berapa kali Nik Aziz buat perkara yang sama , pagi cakap lain malamnya cakap lain.

Itu belum lagi ada yang berdehem..Masak sangat dah dengan perangai Nik Aziz ni..

Pijak gambar pemimpin tindakan memalukan kata Nik Aziz tapi macam mana pula dengan berdoa supaya Najib di timpa bala ? Ada ingat kaa ?? Nik Aziz sedar ka apa yang dia cakap ????



MMI tak nafikan dalam doa tersebut Nik Aziz ada menyebut sekiranya Najib ada harapan jadi baik maka jadikan baik.Jika tidak ada maka engkau turunkanlah bala supaya orang takut untuk bersama.

Persoalannya apakah ini tindakan terbaik daripada seorang yang diangkat sebagai ulama ? Mengapa dalam kes Anwar Ibrahim tidak ada doa-doa sebegini malah Nik Aziz lebih mempertahankan beliau ?



Dalam masa yang sama Nik Aziz menolak pula untuk bermuzakarah dengan UMNO.Jadi sejauh mana doa yang beliau lafazkan itu bertujuan dan berniat baik ?



Dan mengapa juga Nik Aziz selalu menyalahkan UMNO dalam setiap perkara yang berlaku waima yang berlaku itu bermula daripada pimpinan parti PAS sendiri ?



Inilah perkara yang harus kita faham dalam suasana politik persepsi dan simpati hari ini.Banyak perkara yang harus kita amati dan fahami kerana mereka di luar sana bersembunyi disebalik wajah dan pakaian yang kadang kalanya mampu menggaburi mata masyarakat.

Akhir kalam sejauh mana keikhlasan Nik Aziz ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels