Followers

Tuesday 25 September 2012

Lagi Laporan Polis Di Buat Terhadap Ngeh Koh Ham


Lagi laporan polis telah dibuat terhadap Ngeh Koh Ham berkenaan kenyataan beliau di laman twitter yang mempersoalkan tindakan umat Islam di Malaysia berhimpun serta mengadakan bantahan bagi mengutuk penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui penayangan sebuah filem berjudul "Innocence Of Muslim".

Sekumpulan anak Melayu Balik Pulau yang di ketuai oleh Saudara Mohd Faiz Mohamed Rafeek telah membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Balik Pulau pada petang kelmarin.

Menurut Mohd Faiz , kumpulan tersebut terpanggil untuk membuat laporan polis kerana melihat tindakan pihak-pihak tertentu khususnya di Malaysia yang dilihat seolah-olah tidak tahu menjaga sensitiviti masyarakat berbilang bangsa dan agama sedangkan sebagai pemimpin seharusnya mereka lebih memahami kontrak sosial yang selama ini menjadi pegangan kita rakyat Malaysia.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan pihak PAS sebelum ini yang menyokong perhimpunan haram bersih termasuk di Mekah dan Madina namun langsung tidak melakukan apa-apa tindakan bagi  mendesak Koo Ham meminta maaf daripada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia.

Walaupun kini Koo Ham telah pun memohon maaf namun ianya tidak memadai kerana tindakan beliau telah menguris perasaan seluruh umat Islam di Malaysia.

Kumpulan Anak Melayu Balik Pulau turut mendesak agar DAP tidak bersikap pilih kasih dengan tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Koo Ham malah kegagalan parti itu untuk mengambil tindakan bererti mereka menyokong serta bersetuju penghinaan terhadap Islam.

DAP sebelum ini pun mengambil pendirian tutup mulut dan menentang sekeras-kerasnya undang-undang  Hudud maka tidak mustahil hari ini mereka juga turut sama menyokong usaha menghina Rasulullah S.A.W dan agama Islam.

Mohd Faiz selaku ketua kumpulan juga menyatakan bahawa setiap tindakan kita tidak mengira bangsa dan agama seharusnya dilakukan dengan cara yang lebih rasional supaya setiap tindakan  itu tidak menyakiti emosi orang lain.

Isu agama adalah amat sensiviti dan kita perlu lebih berwaspada.Jangan gunakan isu ini untuk menyakiti orang lain.Orang Melayu dan umat Islam di Malaysia tidak pernah campur tangan dalam urusan agama lain jangan sengaja menaikkan serta menyalakan api perkauman dan jangan cuba mencabar tahap kesabaran umat Islam.

Koo Ham sengaja menaikkan darah' Umat Islam di Negara ini dan cuba cetuskan pertelingkahan agama dikalangan rakyat berbilang kaum dan harmoni. 

Bagi MMI di Malaysia ini saban hari agama Islam dihina oleh mereka-mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri.Namun yang lebih menyedihkan adalah mereka-mereka ini disokong pula oleh sekumpulan orang Melayu yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam. 

Lihat saja apa yang telah berlaku sebelum ini , ayat suci Al-Quran dalam ceramah oleh pemimpin bukan Islam ,  wanita bukan Islam di ruang mimbar masjid memberikan tazkirah , isu penggunaan kalimah Allah dan banyak lagi yang sebenarnya merupakan hinaan dan cacian terhadap agama Islam.

MMI bersetuju dengan pandangan daripada Mohd Faiz bahawa PAS sebenarnya adalah mereka yang harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku khususnya di negara Malaysia.

Percayalah Islam perlu dipertahankan oleh semua umatnya bukan dengan sebuah parti politik yang sanggup melacurkan agama sendiri demi kepentingan politik dan nafsu untuk berkuasa serta memiliki Putrajaya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels