Sebut saja demam pasti semua orang tahu bagaimana rasanya.Kalau setakat kena demam biasa-biasa tu masih ok lagilah tapi kalau dah kena demam siap selsema dengan batuk jem terus.MMI pun sebagai manusia biasa tak dapat lari dari terkena demam ni.
Sejak dua hari lepas MMI lepak kat rumah ja , sekarang ni rasa ok sikit tapi macam biasalah sekali dah menulis rasa tak kena pula bila tak menulis.
Jadi kepada semua dalam suasana panas dan kadang-kadang hujan ni hati-hati lah sikit jaga kesihatan tu , bukan apa nanti kalau kena demam macam MMI abis jem semua.
Sebut pasal demam ni teringat pula MMI pasal satu kes baru ni , emm apa lagi macam biasalah kisah si Anwar Al-Juburi tu..
Dengar cita dah demam sekarang ni !! hehe anugerah tuhan ni pun demam juga ker ?
Semuanya pasal kes Anwar dan konco-konconya naik jet terbang sana sini untuk kempen politiklah.
Menurut sumber jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan ‘tajaan’ daripada seorang kenalan.
Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan ‘tajaan’ seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya…saya nak pinjam,” kata Anwar pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah satu ironis apabila pembangkang sering menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan suka membazir, sedangkan mereka menaiki jet peribadi untuk pergi berkempen.
“Walaupun perkhidmatan tersebut dibayar oleh pihak tertentu, rakyat tetap ada hak untuk mengetahui sama ada ia dibiayai oleh pihak antarabangsa atau orang tempatan,” katanya.
Bagi MMI apa saja alasan dari Anwar dan juak-juak Pakatan Haprak perkara pertama perkenalkan siapa rakan tersebut ? Ini penting supaya MMI dan rakyat Malaysia boleh tahu siapa gerangannya orang yang sangat bermurah hati tersebut.
Bukan senang nak bagi orang pinjam barang kita inikan pula kapal terbang jet !!
Kalau selama ni selalu melalak minta telus sana telus sini maka Anwar seharusnya tampil memberikan jawapan terhadap persoalan yang bermain di fikiran rakyat.
Nurrul Izah kata bukan duit rakyat , Tian Chua kata lebih jimat , Anwar pula kata tajaan jadi kalau tajaan siapa yang menaja ?
Kalau tak ada apa-apa yang nak disembunyikan kenapa Anwar nak takutkan ?
Bagitahulah ja lah atau sekarang ni dah rasa-rasa nak demam ??
Psst Nak makan ubat sat..
MMI.
No comments:
Post a Comment