Followers

Friday, 14 September 2012

Mahasewel Kian Di Tolak !!


Kadang-kadang kesian pun ada melihatkan sikap mahasewel sorang ni yang terkial-kial mencari publisiti murahan.Maklumlah pilihan raya kampus sudah semakin hampir maka pencacai-pencacai Pakatan Haprak ni mulalah menyusun gerak dengan tujuan mahu memesongkan pandangan mahasiswa dan mahasiswi supaya turut sama menjadi sebahagian daripada agen untuk membenci kerajaan.

Matlamat utama pilihan raya kampus sudah tidak lagi menjadi agenda perjuangan mereka kerana sudah bongkak kononnya merekalah barisan anak muda yang hari ini mampu memimpin anak bangsa.

Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana celupar dan bangangnya tindakan mahasewel sorang ni yang kemudiannya mengheret beliau untuk merasa gah khayal dalam dunia publisiti yang diberikan oleh media.

Namun budak hingusan seperti mahasewel ini terlupa publisiti yang ditagih itu sebenarnya membawa maruah serta diri mereka kejurang yang paling dalam di mana rakyat dan hampir keseluruhan mahasiswa dan mahasisiwi menolak gerakan tidak bermaruah mereka.






Berdasarkan gambar gambar di atas jelas sekali menunjukkan bahawa majoriti rakyat dan mahasiswa sudah kenal siapa sebenarnya mahasewel seperti Adam Adli dan Safwan Anang. Bukan sekadar kenal malah mereka sudah tahu apa agenda sebaliknya yang mahu dibawa oleh mereka.

 

Tiada lagi ruang untuk diperbodohkan lagi oleh Adam dan Safwan Anang. Tidak sampai sepuluh orang yang hadir untuk berdemo di UPSI pada 13 September 2012. Ini petanda besar majoriti mahasiswa sudah menolak cara politik ektrems, ganas dan keterlaluan yang cuba dibawa oleh kumpulan mahasiswa pembangkang.

Kepada mahasewel dan konco-konconya , sudah-sudahlah membenarkan pemikiran kamu diliwat oleh Anwar Ibrahim

Psstt dengar kata muka Anwar masam 2 3 hari ini..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels