Followers

Thursday, 13 September 2012

Penghinaan Terhadap Agama Perlu Di Hentikan !!


SceneAsia - Pakaian renang yang ditampilkan pada Australian Fashion Week 2011 menimbulkan kemarahan masyarakat di India kerana 'one piece swimsuit' tersebut mempunyai gambar Dewi Lakshmi. Dewi tersebut merupakan tokoh suci umat Hindu, yang menjadi penganut majoriti di India.



Menurut CNN, kemarahan masyarakat di India tak terbendung setelah melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian renang tersebut. Kemarahan tercermin melalui aksi pembakaran foto-foto rekaan pakaian renang itu berserta bendera nasional Australia dalam satu aksi protes di Hyderabad Selatan.


Presiden Persatuan Kerjasama Australia-India, Vish Viswanathan, turut mengutuk rekaan pakaian Lisa Blue tersebut. "Sukar dipercayai bahawa ini tidak sengaja. Mereka yang melakukan perkara ini sengaja berbuat demikian bagi mencuri perhatian," ujarnya.

Ia yakin seluruh masyarakat India berasa kecewa. Lebih dari 200,000 orang India yang tinggal di Australia juga turut tersinggung dengan rekaan pakaian renang dari Lisa Blue ini.

Lisa Blue juga dikatakan pernah tinggal di India sebelum kembali semula ke Australia. Ini menimbulkan lagi kekecewaan kerana dia seharusnya tahu berapa besarnya cinta masyarakat India terhadap dewi kekayaan, kesuburan, kemakmuran, keuntungan, kecantikkan, keadilan dan kebijaksanaan tersebut.

Berhubung perkara itu, Lisa Blue turut meminta maaf kepada masyarakat India atas kekecohan yang muncul akibat rekaan nya itu. Menurut Lisa, lukisan Dewi Lakshmi pada pakaian renang nya itu hanya untuk menunjukkan perbezaan dari karya nya yang lain. 

"Kami meminta maaf kepada sesiapa yang tersinggung dan menyarankan untuk tidak menggunakan lukisan Dewi Lakshmi untuk koleksi terbaru pakaian renang rekaan Lisa Blue. Kami akan menghentikan semua produksi dari rekaan tersebut, tidak akan ada satu pun rekaan tersebut di seluruh dunia," ujarnya melalui akaun Facebook peribadinya seperti yang dicatat oleh Daily Mail.

Hakikatnya apa saja agama pun ianya bukan lah sesuatu yang boleh dipersendakan sesuka hati..Akibat mempersendakan salah satu Dewi dalam kepercayaan agama Hindu pada pakaian renang wanita, sebilangan besar masyarakat di India mula mengadakan protes membantah perkara tersebut.. 

Apatah lagi mempersendakan agama Islam seperti mana yang berlaku kini berkenaan sebuah filem yang jelas mencemarkan agama Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Pemuda Umno mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW, bahkan al-Quran serta para sahabat Baginda.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai umat Islam, penerbitan berbentuk provokasi liar, biadab dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama seperti ini tidak harus berlaku.

Menurutnya, oleh sebab itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbit filem ini, yang jelas telah membangkitkan kemarahan jutaan umat Islam seluruh dunia.

“Pada masa yang sama Pemuda Umno berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas.

“Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah sendiri,” katanya.Lagi berita di Empayar Pemuda.

Mungkin ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan MMI apabila memaparkan berita dan gambar berkenaan model memakai pakaian renang yang mencetuskan isu melibatkan mereka yang beragama Hindu.

Namun apa yang MMI mahu kongsikan waima penganut agama Hindu sekalipun tidak sanggup dan menolak tindakan biadap seperti itu kerana mencemarkan agama mereka apatah lagi kita yang beragama Islam ini.

Percayalah seluruh umat Islam di dunia mengutuk pembikinan filem berjudul "Innocence Of Muslims" hasil garapan Sam Bacile dan kita mahukan supaya mereka-mereka diluar sana menghormati agama Islam seperti mana umat Islam menghormati agama-agama lain.

Bayangkan sekiranya seluruh umat Islam bangun menyatakan bantahan mereka secara kekerasan seperti mana yang berlaku di Mesir dan Libya sudah tentu ianya akan mengakibatkan bencana paling buruk.Klik Sini

Oleh itu kepada semua hormati agama Islam seperti mana umat Islam menghormati agama-agama lain.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels