Followers

Wednesday, 5 September 2012

Perang Saraf Sudah Bermula Bukti Pakatan Haprak semakin Nazak !!


Nampaknya keakraban dan sikap saling hormat-menghormati di antara YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri amat-amat menyeksakan juak-juak Pakatan Haprak.Pada ketika suasana politik dilihat lebih memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional segalanya mungkin berlaku.

Sebenarnya juak-juak Pembangkang Haprak ini sentiasa mencari jalan untuk memastikan misi mereka tercapai .

Yang penting Pakatan Haprak mahu dimenangkan oleh  oleh juak-juaknya supaya mereka dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari tangan kerajaan Barisan Nasional.


Ekoran daripada berita yang di terima berlaku penyebaran poster-poster yang memperlihatkan diri YAB Timbalan Perdana Menteri kononnya mahu diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara.

Poster tersebut dilaporkan mula di sebarkan di negeri Johor sehinggalah ianya menjadi berita panas dan kini sudah pun menular di negeri-negeri lain khususnya di Utara.

Panas kerana poster tersebut terpampang tulisan "KAMI MAHU TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PM SEBELUM PRU13" dan melabelkan Barisan Nasional Negeri Johor sebagai pengeluar ataupun mereka yang bertanggungjawab terhadap poster-poster yang tersebar.

Kemudiannya jentera media khususnya blog-blog pro pembangkang telah memulakan apa yang di panggil "PsyWar" dan menyampaikan berita berunsurkan persepsi tentang keretakan hubungan yang berlaku antara YAB PM dan YAB Timbalannya seperti mana yang dilakukan oleh harakahdaily , media selangorku , Anak Sungai Derhaka dan banyak lagi .

Semestinya segala yang diperkatakan adalah satu penipuan yang sedang digerakkan oleh jentera Pakatan Haprak bagi menarik sokongan rakyat supaya membenci UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. 

Inilah antara motif utama Pakatan Haprak memastikan rakyat membenci UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional demi untuk mencapai cita-cita mereka sebelum gendang pilihanraya ke 13 dibunyikan.

Persoalannya ,

Apakah anda percaya bahawa poster yang tersebar itu dilakukan oleh orang-orang UMNO dan Barisan Nasional ? 

Bagi menjawabnya kita lihat kembali bagaimana kerjasama yang wujud di antara YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selama mereka menggepalai kerajaan Barisan Nasional dan parti UMNO.




Malah jika dikira dari kenyataan yang dibuat oleh harakah ianya jelas satu perkara kecil yang cuba diperbesarkan sedangkan hakikat sebenarnya Pakatan Hapraklah yang sedang tenat dan nazak kerana sikap dan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin mereka sendiri.

Kepada rakyat Malaysia sedarlah ini merupakan satu lagi gerakan tersusun oleh juak-juak Pakatan Haprak dengan menjadikan PAS sebagai pencacai kasta paling bawah dalam PR untuk menyerang UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional khususnya menyerang peribadi pemimpin utama negara dengan harapan ianya mampu mewujudkan persepsi dikalangan masyarakat seterusnya mengheret rakyat supaya membenci UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Namun mereka lupa bahawa rakyat Malaysia sudah matang dalam isu sebegini dan tindakan sebegini hanyalah merugikan Pakatan Haprak sendiri.

Kepada anda rakyat Malaysia nantikan kenyataan rasmi daripada kedua-dua pimpinan utama negara dan perhatikanlah bagaimana dua pemimpin utama negara ini terus bekerja untuk rakyat.

Psstt Taktik lama la bro...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels