Followers

Wednesday, 5 September 2012

Kerajaan Pakatan Haprak Pulau Pinang Indah Khabar Dari Rupa !!


Inilah antara wajah-wajah mereka yang kini sedang memimpin Pulau Pinang di bawah kerajaan negeri Pakatan Haprak.Mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya yang berkuasa di Pulau Pinang adalah DAPigs dan merekalah yang mengetuai segala-galanya.

Rakan-rakan lain daripada PKR dan PAS hanyalah pelengkap kepada sebuah kerajaan negeri yang langsung tidak mampu bersuara apatah lagi menegur Guan Eng selaku Khalifah ciptaan juak-juak PAS.

Sebagai rakyat Pulau Pinang , MMI berani katakan apa yang berlaku dan dilakukan oleh rejim DAPigs di Pulau Pinang kesemuanya adalah untuk kepentingan politik mereka yang berselindung di bawah Pakatan Haprak.

Segala-galanya cukup jelas , sekiranya kita semua membuka mata seluas-luasnya sudah pasti kepincangan yang ada akan terbentang menceritakan betapa rakus dan rasisnya DAPigs malah  berjaya pula mendiamkan orang-orang Melayu yang bersama mereka.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering mencanangkan CAT sebagai keutamaan dalam setiap perkara mahupun tindakan yang dilakukan maka sudah tentunya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah rejim DAPigs tidak akan sesekali melakukan kesilapan-kesilapan mudah mahupun perkara yang boleh diibaratkan sebagai melepaskan batuk di tangga.

Apatah lagi setiap tindakan mereka dilihat sebagai tindakan politik serta agenda memancing undi.

Inilah yang berlaku baru-baru ini dalam satu perkhidmatan yang di sediakan oleh rejim DAPigs melalui Skim Pelajar Emas yang memperuntukan RM100 kepada setiap pelajar darjah 1 dan 4 serta pelajar tingkatan 1 dan 4 di semua sekolah di seluruh negeri.

Yang agak menghairankan adalah setiap permohonan mestilah dibuat melalui satu borang khas yang hanya boleh didapati di tempat-tempat tertentu termasuklah pusat-pusat khidmat wakil rakyat Pakatan Haprak.


Mengapakah ianya tidak melalui Jabatan Pendidikan Negeri mahupun terus kepada pihak sekolah yang sudah pasti lebih mengetahui pelajar mana yang layak untuk mendapatkan bantuan tersebut ?

Inilah sebenarnya permainan politik rejim DAPigs di Pulau Pinang yang cukup jelas dilihat tetapi dilindungi oleh juak-juak Pakatan Haprak termasuklah orang-orang Melayu bangang yang termakan dengan janji pemimpin mereka supaya mempertahankan Pakatan Haprak walau dalam apa keadaan sekalipun.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga , MMI bawakan kepada anda satu kiriman email yang telah dihantar ke laman Facebook milik Keadilan Batu Uban oleh seorang rakyat negeri Pulau Pinang bertanyakan perihal Skim Pelajar Emas pada tarikh 30 Ogos yang lalu.

Email tersebut jelas sekali memperlihatkan kelemahan dan sikap sambil lewa pemimpin Pakatan Haprak dalam program yang mereka sendiri lakukan dan ianya membuktikan program tersebut merupakan agenda politik sempit Pakatan Haprak untuk terus berkuasa di Pulau Pinang.




Aduan dari En. Tan Cheng Kah melalui emel:

Atas pertimbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ingin memberi RM100 kepada semua murid Darjah 1 & 4, serta Ting. 1 & 4. saya telah mengisi borang yang sempat saya. Setelah mengisi borang dan ingin menyerahkan borang. didapati ada banyak selok-belok disebaliknya. Di sini saya ingin bertanya dan menyatakan pengalaman saya semasa menyerahkan borang ini (borang ini telah saya sertakan) Saya tinggal di Batu Maung, tentulah saya akan menyerahkan borang ini di pusat khidmatan batu maung (YB. TUAN ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM (PJM)) tetapi diberitahu borang ini perlu diserahkan ke pusat khidmat batu uban. Apabila saya sampai ke pusat khidmat batu ubah, cerita lain pula, borang ini tidak boleh pakai kerana bukan borang mereka. kerani di situ tidak mahu terima adakah ini borang palsu??? Saya terus minta borang yang di situ supaya boleh isi dan hantar serta-merta. Jawapan yang saya dapat "No Form will be given". Sila rujuk kepada borang yang saya sertakan, tulisan tangan itu ditulis oleh kerani di batu maung, dan yang cop itu batu uban.

Di sini saya nak tanya, SKIM Pelajar Emas ini hanya cakap sahaja ke ?? bukan betul-betul nak bagi ke ?? ataupun Borang yang dikeluarkan dari pusat khidmat pun ada borang palsu ke???? ataupun Borang ini diberi percuma tetapi nak ambil kena bayar ????? tanpa bayar tanpa proses???? ataupun bukan member tak layan !!!!!! Klik Sini

Kita ikuti pula komen-komen yang dibuat setelah kiriman email ini di uploadkan.


Anda semua dapat saksikan sendiri bukan ? Inilah bukti bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAPigs dan Pakatan Haprak hanyalah bersandiwara dengan slogan Cekap,Akauntibiliti dan Telus.

Apa yang di paparkan menimbulkan satu persoalan apakah ianya merupakan satu perkhidmatan yang CEKAP ? Yang pasti apa yang dilaung-laungkan hanyalah indah khabar dari rupa..

Anda sendiri nilailah !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels