Laman perkongsian video, YouTube semalam mula menyekat pengguna di Indonesia daripada menonton filem kontroversi yang menyebabkan kemarahan seluruh penduduk Islam di dunia.
YouTube, anak syarikat Google, menghantar emel kepada kami pada Khamis lalu untuk menyatakan bahawa mereka telah menyekat 16 sumber yang menghubungkan video kontroversi Innocence of Muslims," kata jurucakap Kementerian Komunikasi dan Maklumat, Dewa Broto kepada AFP.
Broto berkata, beberapa sedutan filem itu masih wujud dalam laman perkongsian video terbabit namun Google masih berusaha untuk menghalang video tersebut ditonton oleh penduduk Indonesia yang mempunyai penganut Islam teramai di dunia. - AFP
MMI menyokong tindakan menyekat laman perkongsian video filem antiIslam oleh YouTube.Walaupun ianya di Indonesia namun MMI yakin inilah langkah paling tepat dan seharusnya langkahan pertama dalam usaha kita untuk menangani penghinaan terbaru terhadap agama Islam.
Sehingga entri ini ditulis MMI masih boleh mengakses ke laman YouTube untuk melihat klip-klip filem garapan "Sam Bacile" yang sebenarnya cukup jelas satu tindakan yang disengajakan bagi menghina agama Islam.
Harapan MMI semoga sekatan yang sama dapat dilakukan oleh YouTube kepada pengguna di Malaysia.
Kepada semua pihak khususnya mereka yang sedang merancang untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran Baca Sini MMI mengharapkan agar usaha yang sama seperti mana yang telah dilakukan di Indonesia dapat dilakukan terlebih dahulu.
Rasanya dah sampai masa semua pihak di Malaysia ini khususnya semua yang beragama Islam untuk bersatu atas nama Islam.
MMI.
No comments:
Post a Comment