Nampaknya nama Ketua Menteri Melaka semakin panas sekarang.Kalau nak dikira populariti tu kira dah boleh bersaing dengan artis-artis kat Malaysia ni.Cumanya bagi MMI inilah antara senjata dan usaha-usaha puak pembangkang yang semakin tertekan dalam memburukkan kerajaan.
Seperti biasa pasti semua dah sedia maklum Datuk Seri Mohd Ali Rustam baru saja selesai mengadakan majlis perkahwinan anak beliau.Majlis yang berjalan dengan begitu meriah ini ternyata mengundang rasa tidak senang dikalangan sesetengah puak dalam Pakatan Haprak kerana jumlah kehadiran rakyat ke majlis tersebut mencecah 130,000 orang dan dalam masa yang sama tercatat di Malaysia Book Of Record sebagai kenduri paling ramai dihadiri orang ramai.
Kadang-kadang terfikir juga MMI , kenapa agaknya ada puak-puak Pakatan Haprak ni boleh pula mempertikaikan berkenaan perbelanjaan menguruskan majlis perkahwinan tersebut ? MMI bukan nak membela Datuk Seri Mohd Ali Rustam namun dalam kes ini ianya dilihat sebagai satu tindakan terdesak dan lebih kepada dengki dengan apa yang berlaku.
Pernahkah anda semua mendengar juak-juak Pakatan Haprak mempertikaikan tindakan Khalid Ibrahim membeli sebuah bas mewah dan sebuah kontena dengan tujuan yang cukup jelas iaitu berpolitik ? tahukah anda bahawa bas mewah yang dibeli itu dinamakan dibawah nama Khalid Ibrahim ? Soalnya dari mana sumber kewangan bagi membiayai kos pembelian dan ubahsuainya ?
Jika kita amati dan fikirkan yang mana lebih afdal dan baik , membelanjakan wang bagi tujuan mengadakan kenduri ataupun membelanjakan wang bagi tujuan politik ? Anda fikirkan sendiri..
Berbalik kepada isu Datuk Seri Mohd Ali Rustam , sehingga ke hari ini sudah bermacam fitnah dan dakyah telah pun dijana melalui saluran-saluran media pro pembangkang.Paling menyedihkan adalah satu fitnah daripada PAS melalui akhbar rasmi mereka HARAMJADAH yang mengatakan perbelanjaan bagi majlis perkahwinan tersebut adalah RM13 Juta.
Lebih malang lagi tahukah anda daripada mana datangnya angka RM13 Juta tersebut ? angka itu diambil dari kenyataan Betty Chew ADUN K.Laksamana (Bini Guan Eng minah ni) dan Kit Siang (Ampa pun kenal dia ni).
Isunya adalah kedua-dua mereka ini langsung tidak hadir ke majlis tersebut dan bagaimana pula mereka boleh menyatakan kos bagi seorang tetamu adalah RM100 dan kerana itulah ianya mencecah RM13 Juta.
Persoalannya sekarang bilamasa Datuk Seri Mohd Ali Rustam melantik dua-dua ekor ni untuk uruskan bab makan ? Keduanya bagaimana HARAMJADAH akhbar rasmi PAS boleh pula mengambil kenyataan mereka dan dimuatkan dalam akhbar ? Jelas sekali ianya mempunyai niat dan tujuan yang cukup jahat serta fitnah maha dasyat yang dilakukan oleh PAS terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Barangkali kenduri kendara juak-juak dan pemimpin PAS selama ini diuruskan katering makanannya oleh Betty Chew dan Kit Siang agaknya.Kepada juak-juak PAS yang lain kalau nak buat kenduri selepas ni bolehlah menghubungi Betty Siang Katering pastinya makanan yang akan disajikan memenuhi citarasa anda puak-puak pemfitnah.
Tindakan PAS mengambil kenyataan pemimpin DAP tersebut secara bulat-bulat jelas menampakkan kebergantungan mereka terhadap DAP dan patuhnya mereka sehingga sanggup bertindak sebagai pencacai terhormat kepada Pakatan Haprak.
Apa pun yang berlaku , MMI memuji tindakan Datuk Seri Mohd Ali Rustam apabila tenang menghadapi serangan fitnah oleh juak-juak pembangkang terhadap beliau.Malah SPRM juga dikhabarkan akan mula menyiasat berkenaan sumber dana yang dipertikaikan.
Bagitu juga dengan pelbagai tohmahan lain dan paling penting kita harus ingat inilah balasan rakyat kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam apabila beliau sering mengambil berat perihal rakyat di Melaka.
Bagi MMI , 130,000 orang mungkin lebih adalah satu kebangkitan rakyat bagi membalas budi baik seorang Ketua Menteri Melaka yang selama ini berjiwa rakyat.
MMI sering megikuti perkembangan Ketua Menteri Melaka ini dan kerana itulah MMI berani menyatakan sedemikian.Kepada anda yang mungkin mahu mengetahui lebih lanjut perkembangan isu ini dan perkembangan Ketua Menteri Melaka Klik Sini , Sini dan Sini.
Kepada juak-juak Pakatan Haprak sudah-sudahlah fitnah tu tak menguntungkan.Adalah lebih baik ampa semua bertaubat sebelum rakyat bersuara dalam bebrapa bulan lagi.
Jelas sekali PAS pencacai DAP .. Malulah weiii..
MMI.
Bukan apa, depa dah kecut teloq tengok ramai yg sokong AR.
ReplyDelete