Pasti ramai yang pernah mendengar nama Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari namun mungkin ada yang tidak mengetahui sejauh mana niat dan hati insan berhati mulia ini dalam usahanya membantu umat Melayu di Malaysia.Barangkali kerana itu jugalah pihak tertentu khususnya juak-juak cauvinis begitu takut malah menyerang keperibadian beliau bertubi-tubi.
MMI terpanggil untuk berkongsi dengan semua kisah serta rentetan bagaimana bermulanya proses pengambilan Gardenia dan Proton oleh Tan Sri Mokhtar dan sebab-sebabnya.
Semoga catatan ini mampu menyedarkan kita dan mereka-mereka diluar sana yang barangkali membuat tuduhan serta cercaan yang tak sepatutnya terhadap usaha seorang insan yang meletakkan kepentingan agama dan bangsanya sebagai keutamaan.
Dalam satu pertemuan dengan Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam.
Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'?
Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tidak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau.
Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad?
GARDENIA
Sebelum Gardenia diambil alih oleh Tan Sri Mokhtar, Gardenia berada di bawah 'supply-chain' orang bukan Islam malah sebelum itu juga terdapat beberapa kes kedengaran mengenai Gardenia itu tidak halal, mengandungi unsur yang haram.
Majoriti yang menggunakan label Gardenia adalah daripada bangsa Melayu yang juga beragama Islam.
Cuba bayangkan sekiranyalah terdapat individu yang mempunyai niat khianat dan meletakkan walau setitis pun minyak babi ke dalam campuran tersebut, kesannya akan sampai kepada siapa?
Maka dengan inisiatif untuk menjaga label Gardenia ini supaya tidak tercemar dengan perbuatan sedemikian, datanglah satu rasa tanggung jawab kepada Tan Sri Mokhtar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.
Sekiranya angin tidak bertiup masakan pohon boleh bergoyang.
PROTON
Satu fakta menarik tentang Proton Holdings ini beserta dengan anak syarikatnya sekali adalah seramai hampir 20,000 orang pekerja.
Jika termasuk sekali dengan pengedar dan pusat servisnya, jumlah ini meningkat kepada hampir 35,000 orang secara tidak langsung dan hampir 80% daripada jumlah mereka yang menerima secara langsung ataupun tidak adalah mereka yang terdiri daripada Bangsa Melayu yang juga beragama Islam.
Disebabkan adanya Proton ini , maka nasib 35,000 orang telah terjamin dengan adanya pekerjaan.
Sekiranya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu faham asas penubuhan Proton itu sendiri, maka sebagai satu dasar perjuangan bangsa seperti mana yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Korea, orang Melayu sendiri akan memperjuangkan Proton itu dan akan menyokong produk-produk syarikat ini.
Dengan setiap RM 1.00 yang dibelanjakan oleh anak Melayu kepada Proton, duit tersebut akan memberi makan semula kepada anak Melayu yang lain. Inilah yang rakyat Jepun dan Korea faham tentang perjuangan bangsa dan Nasional.
Sekiranya kita katakan bahawa rakyat Jepun dan Korea menyokong produk mereka kerana produk mereka sememangnya baik , ingatlah bahawa pernah ada waktunya yang syarikat-syarikat mereka ini seperti Proton yang baru hendak bermula.
Dengan sokongan daripada rakyat mereka sendiri maka teknologi automotif itu dapat dipacu dengan lebih laju.
Atas dasar kesedaran inilah, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih Proton kerana kebajikan 35,000 orang pekerja kini berada di bawah beliau.
Walaupun rugi dan mengalamai beberapa masalah, tetapi beliau tetap berani untuk mengambil alihnya sendiri dengan harapan teknologi automotif dapat dipacu dan rakyat Malaysia kembali yakin dengan produk-produk Proton.
JIHAD
Dapat dilihat bahawa kedua-dua pengambil alihan ini bertujuan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukankah ini dapat dilihat sebagai satu bentuk pengorbanan?
Memang benar terdapat orang lain yang boleh mengambil alih kedua-dua syarikat ini tetapi syarikat mana lagi yang berani untuk mengambil keputusan yang tidak menguntungkan ini ?
KTMB, Penang Port dan banyak lagi yang perlu dipegang oleh orang Melayu untuk kesejahteraan orang Melayu adalah dibawah perancangan beliau.
Tetapi malangnya, sesetengah individu melihat ini sebagai satu bentuk monopoli oleh beliau.
Sekiranya ada individu lain yang inginkan syarikat-syarikat tertentu, maka tawarlah bidaan ini seperti mana yang beliau lakukan. Jangan salahkan Tan Sri Mokhtar kerana beliau berani untuk mengambil risiko-risiko sedemikian.
Kekayaan TS Mokhtar
Sekiranya ditanyakan kepada Tan Sri Mokhtar atas kekayaan beliau sebanyak USD 3.3 Billion, tanyalah di mana letaknya nilai tersebut.
Ia terletak kepada jumlah aset, saham anak syarikat serta pelaburan-pelaburan yang beliau lakukan dan bukannya dalam bentuk nilai tunai.
Hasil daripada perniagaan beliau juga disalurkan kepada pelbagai badan kebajikan serta yayasan seperti yayasan beliau sendiri iaitu Yayasan Al-Bukhary.
Dengan hasil pendapatan yang tinggi juga perlu diingatkan bahawa cukai dan zakat juga terpakai ke atas beliau.
Secara tidak langsung, cukai-cukai serta zakat yang beliau bayar daripada puluhan syarikat-syarikat beliau termasuk dirinya sendiri akhirnya akan ke kantung pendapatan negara dan akhirnya kepada kita juga, rakyat Malaysia.
Secara tidak langsung, rakyat menikmati hasil kekayaan beliau melalui cukai dan orang Melayu yang beragama Islam ini dapat juga menikmatinya melalui saluran zakat yang beliau berikan.
Dan individu yang memberi inilah yang rakyat Malaysia kecam, yang rakyat Malaysia cerca, yang rakyat Malaysia cerca. Walhal, kita secara tidak langsung pun menerima hasil daripada beliau.
Kerana itulah perlunya ada bangsa Melayu yang beragama Islam ini untuk menjadi usahawan-usahawan antarabangsa kerana akhirnya hasil itu dapat dikongsi bersama melalui sumbangan-sumbangan zakat.
Cuba kita lihat yang meraung-raung di jalan raya melaungkan "Duit rakyat! Duit rakyat!" dan kita tanya adakah mereka ini membayar cukai pendapatan?
Lebih daripada separuh daripadanya berpendapatan kurang dari RM 3000 sebulan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.
'Duit rakyat' mana mereka perjuangkan kalau tidak duit 'taikun-taikun' yang majoritinya bukan berbangsa Melayu.
Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.
Perlukah seorang insan berhati mulia ini di cerca dan di caci ???? Anda tentukan ....
MMI.
No comments:
Post a Comment