Followers

Tuesday 21 February 2012

Pakatan Haprak Gentar - Jadikan MPSP Sebagai Anjing DAP


Baru-baru ini Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor telah pun melaksanakan satu program yang cukup baik bilamana mereka telah menggerakkan jentera sayap pemuda UMNO untuk melaksanakan satu misi yang dipanggil GEMPUR PEMUDA.

Dalam misi ini setiap pemuda disemua peringkat akan menaikkan panji-panji UMNO dan BN diseluruh kawasan dalam parlimen Tasek Gelugor.Ternyata program ini amat baik apabila anak-anak muda khususnya barisan pemuda bangun bersama-sama dengan jentera diperingkat bahagian untuk sama-sama menaikkan panji-panji UMNO dan BN.

Tak sampai 1 minggu operasi ini dijalankan semua yang melalui jalan-jalan utama disekitar Tasek Gelugor pastinya akan merasakan seolah-olah pilihan raya bakal berlangsung.Disetiap jalan-jalan berdirinya panji-panji UMNO dan BN dengan megah berkibar menandakan ini kawasan UMNO dan BN.Klik Sini

Saudara Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor menyatakan bahawa program ini merupakan satu mekanisma yang dizahirkan untuk menaikkan semangat para pemuda dan semua ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokong BN untuk merasai suasana yang semakin panas berkaitan pilihan raya yang diberitakan tidak lama lagi.Selain dari itu ia dapat memupuk semangat setiakawan diantara jentera pemuda bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti.

Namun agak malang apabila program ini telah diganggu oleh pihak MPSP terutamanya dengan manyatakan bahawa tiada keperluan untuk panji-panji ini dinaikkan dalam masa dan ketika ini.Lalu pada 17 Februari 2012 pihak MPSP telah melakukan satu operasi untuk menurunkan panji-panji ini.






Bagi MMI dan barisan pemuda yang turun mempertahankan tindakan tersebut pada petang 17 Februari 2012 yang lalu tindakan ini sebenarnya didalangi oleh sebahagian kecil daripada mereka-mereka terutamanya daripada Pakatan Haprak yang sememangnya tidak senang dan sakit mata dengan kebanjiran panji-panji UMNO dan BN disetiap kawasan dalam Parlimen Tasek Gelugor.

MMI sifatkan tindakan ini sebagai tindakan PENGECUT dan DAYUS oleh jentera Pakatan Haprak yang gentar dengan panji-panji UMNO dan BN.Bayangkanlah kalau setakat panji-panji ini pun ditakuti oleh juak-juak Pakatan Haprak ini apatah lagi jika mereka berdepan dengan Pemuda UMNO ? Sememangnya juak-juak Pakatan Haprak GENTAR dengan tindakan daripada Pemuda UMNO dan barangkali Syed Mikael ketua AMK Tasek Gelugor juga bakal terkencing dalam seluar jika berdepan dengan pemuda UMNO.


Kepada Syed Mikael dan Juak-juak Pakatan Haprak sememangnya kamu hanya pandai bercakap daripada bekerja untuk rakyat.Buat Ahli Majlis Johari Kasim kamulah sebenarnya manusia yang bertanggungjawab membawa semua petugas-petugas MPSP dan dijadikan ANJING TUNGGANGAN kepada Lim Guan Eng.

MMI cuma hairan satu perkara kemana kamu wahai Johari Kasim pada hari kejadian tersebut ? Sebagai seorang Ahli Majlis untuk turun berdepan dengan Pemuda UMNO pun TAKUT dan DAYUS usahlah kamu berbicara soal lain terutamanya berkaitan rakyat di Tasek Gelugor.

Jika panji-panji UMNO dan BN pun kamu takut usahlah kamu berbicara mahu berdebat dengan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.Kepada Syed Mikael usahlah jadikan pentas ini sebagai medan untuk kamu mencari populariti kerana kamu sebenarnya tidak bekerja di Tasek Gelugor.

Walaupun MPSP telah menurunkan panji-panji UMNO dan BN namun pihak pemuda berpuas hati apabila mereka telah menyerahkan kembali panji-panji tersebut kepada pemuda yang sentiasa mengekori rapat setiap tindakan mereka.





MMI yakin tindakan yang diambil oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak menjawab dan tidak sesekali akan menyahut jemputan debat bersama Lim Guan Eng adalah tindakan yang cukup tepat.

Siapa Lim Guan Eng ? Jika isu pemansuhan tol Sungai Nyior yang dijanjikan beliau dalam pilihan Raya yang lalu pun belum ditunaikan apakah kita mahu melihat manusia lidang bercabang ini dibiarkan berdebat dengan YB Tan Sri,Minta maaflah bro bukan tandingan.Klik Sini

Bagi masyarakat Tasek Gelugor khususnya jentera UMNO dan BN setakat debat bodoh bersama Lim Guan Eng ni kita tak layan lah kerana banyak kerja lain UMNO dan BN buat dengan mendekati masyarakat dan selesaikan masalah melibatkan hal-hal rakyat.

Minta maaf ya bro , UMNO dan BN bukan macam Pakatan Haprak yang tiada kerja khusus untuk dilakukan selain mengatur hari dan malam untuk mengadakan ceramah membohongi rakyat.

Kepada Syed Mikael,Kalau panji UMNO dan BN pun kamu takut dan kecut telor lebih baik kamu balik Sabah saja.

MMI nak ucapkan SYABAS kepada semua jentera pemuda yang turun mempertahankan panji-panji UMNO dan BN pada petang 17 Februari 2012 yang lalu.Anda semua telah membuktikan bahawa Tasek Gelugor ini milik UMNO dan BN yang pastinya akan dipertahankan bermati-matian dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Cuma satu persoalan bermain difikiran MMI ketika ini.Mengapa agaknya bendera Pakatan Haprak yang dinaikkan dikawasan-kawasan lain khususnya di Permatang Pauh tidak diturunkan?






Amacam ? Tak payah banyak cakap lah memang " Double Standard " punya cita.MMI bukan minta kain-kain kapan ni diturunkan,lihat saja UMNO Tasek Gelugor mereka tak pernah menurunkan mana-mana kain kapan Pakatan Haprak pun malah membiarkannya sehingga reput.Namun selepas kejadian menurunkan panji-panji UMNO dan BN di Tasek Gelugor MMI yakin pasti setiap kain kapan Pakatan Haprak bakal diturunkan juga selepas ini dan mungkin tanpa menjadikan petugas-petugas MPSP sebagai anjing suruhan.

Kerana tindakan menurunkan panji-panji UMNO dan BN telah pun dimulakan oleh Juak-juak Pakatan Haprak Seks ni maka tindakan sedemikian jugalah yang bakal Pakatan Haprak Seks terima selepas ini.

Apa pun MMI serahkan kepada semua yang membaca entry ini untuk berfikir samada nak tukar atau biarkan.Fikirlah sendiri.

MMI.
  

No comments:

Post a Comment

Labels