Siapa lelaki ini ? Mungkin ramai yang tak mengenali beliau ataupun tak perasan tentang seorang lelaki bernama Senad Hadzic warganegara Bosnia beragama Islam yang pernah menggemparkan dunia khususnya negara-negara Islam.
Apakah yang istimewanya Senad Hadzic ini hingga MMI sendiri pun mengkagumi beliau.Malah bagi MMI Senad Hadzic sepatutnya menjadi contoh kepada orang-orang Islam khususnya di Malaysia.
Untuk makluman semua inilah orangnya yang telah melakukan perjalanan jarak jauh yang cukup unik malah memerlukan tekad serta keringat yang bukan sedikit bagi menunaikan fardu haji.
Seperti mana orang-orang Islam yang lain di dunia Kota Suci Mekah merupakan tempat yang sudah pastinya menjadi impian bagi umat Islam diseluruh dunia malah ketika MMI menulis entri ini jutaan umat Islam termasuk dari Malaysia sudah pun berada di sana bagi menyempurnakan ibadah haji.
MMI juga seperti kebanyakkan orang lain menyimpan impian satu hari nanti untuk sama-sama menunaikan haji , semoga ianya menjadi realiti kepada MMI sama-sama kita doakan.
Namun apa yang menarik perhatian MMI adalah berkenaan usaha Senad Hadzic seorang warga Bosnia yang telah berjalan kaki sejauh 3600 km dari Bosnia menuju Mekah.
Masyallah hebat benar usaha beliau , walaupun dalam keadaan negaranya dihimpit dengan pelbagai masalah namun niat serta cintanya kepada Islam serta Allah SWT menjadikan impian beliau terlaksana.
Lelaki berusia 48 tahun itu telah bertolak pada bulan Disember 2011 dan menyasarkan perjalanan sebanyak 12-20 batu sehari dengan terpaksa melalui negara-negara yang berkonflik malah menjadi kebanggaan buat MMI apabila usaha lelaki Islam dari Bosnia ini berjaya dan beliau telah pun menjejakkan kakinya di Kota Suci Mekah.
Antara kata-kata beliau sepanjang perjalanan ke Kota Suci Mekah yang cukup menginsafkan MMI adalah "Saya akan memberitahu kepada anda bahawa perjalanan ini mempunyai berjuta masalah. Cukuplah saya menjelaskan kepada anda begini: InshaAllah saya akan sampai ke benua Asia hari ini, kemudian masuk ke Syria. Saya tidak takut kereta kebal dan peluru, namun hanya Allah sahaja yang saya ada. Apabila saya sampai ke Mekah saya akan berdoa untuk kita semua".
Berikut MMI paparkan beberapa gambar Senad ketika menjejakkan kaki ke Kota Suci Mekah.
Begitulah kisahnya seorang lelaki Islam dari sebuah negara yang dulunya dihimpit dengan peperangan saudara berjaya menjejakkan kakinya ke Kota Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Bukan sedikit pengalaman Senad , malah beliau ada membuat catatan sepanjang perjalanan beliau merentasi negara-negara lain dan juga catatan pengalamannya bertemu dengan orang ramai.Sesungguhnya pengalaman beliau amat mengujakan malah mampu menginsafkan kita bahawa sebagai manusia kita hanyalah insan kerdil disisi Allah SWT.
Klik Sini untuk mengikuti catatan perjalanan Senad Hadzic ke Kota Suci Mekah.
Kepada rakyat Malaysia MMI sekadar mahu berkongsi , ingatlah pada ketika negara Malaysia dan rakyatnya dibekalkan dengan segala kemudahan yang terbaik janganlah sesekali kita mensia-siakannya apatah lagi menjadikan Kota Suci Mekah sebagai tempat untuk kita melaksanakan tuntutan politik sempit lagi jijik kerana ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dimurkai oleh Allah SWT.
Kepada juak-juak PAS samada dalam gambar mahupun diluar sana belajarlah untuk mengakui bahawa kita hanyalah insan kerdil di sisi Allah SWT oleh itu belajarlah menjadi manusia yang tahu bersyukur kerana nasib anda jauh berbeza daripada seorang manusia bernama Senad Hadzic.
MMI.
No comments:
Post a Comment