Followers

Monday, 22 October 2012

Menjelang PRU13 BN Perlu Hati-Hati Dengan Strategi Licik Pakatan Haprak !!


Kepada mereka-mereka diluar sana yang mengikuti politik di Malaysia sudah pasti tidak ada perkara lain yang di bincangkan kalau bukan mengenai tarikh pilihanraya ke-13.Malah dalam pemantauan MMI sendiri dikedai-kedai kopi juga hari ini sudah cukup meriah , apabila bermulanya sahaja persidangan meja bulat sudah tentu hujah-hujah mereka terarah kepada isu-isu yang ada di dada-dada akhbar.

Percaya atau tidak persidangan meja bulat di kedai-kedai kopi kadang kalanya membawa kepada pergaduhan politik namun uniknya mereka tetap akan bersidang semula keesokkannya , mungkin kerana penangan bancuhan kopi "O" yang dipesan.

Percaya atau tidak kadang-kalanya persidangan meja bulat di kedai kopi ini lebih hebat dari mana-mana persidangan lain waima Dewan Rakyat di Parlimen sekalipun.

Begitulah resamnya masyarakat di Malaysia politik merupakan sebahagian daripada kehidupan rakyatnya yang sukar untuk dipisahkan.

Namun dalam sedar tak sedar politik di Malaysia khususnya kerajaan sebenarnya sedang berdepan dengan satu gerakan pembangkang yang cukup licik dalam menggerakkan agenda mereka.

Lihat saja isu-isu yang ditimbulkan oleh pembangkang sebelum ini semuanya merupakan satu perancangan yang tersusun bagi memastikan ianya meresap masuk ke setiap batang  tubuh rakyat Malaysia dengan matlamat rakyat termakan dengan dakyah mereka.

Terbaru lihat saja bagaimana puak-puak ini menjadikan pembelian aset pertahanan negara "Scorpene" sebagai modal dan bahan kempen mereka , walaupun dinafikan oleh pihak kerajaan beserta bukti-bukti  mereka tetap berjaya memujuk rakyat untuk terus mempercayainya.

Gerakan-gerakan seperti ini merupakan gerakan yang cukup bahaya kerana budaya politik persepsi serta fitnah yang dilakukan barisan pembangkang mampu mengakibatkan negara menerima kesannya malah kesan tersebut bakal terarah kepada seluruh rakyat.

Terkini pembangkang cuba membangkitkan soal ‘KERAJAAN SEMENTARA’ yang memerintah negara ini sepanjang tempoh Parlimen dibubarkan, sehingga ke tarikh kerajaan baru diwujudkan.

Jadi sedikit pelik sebab isu ini tak pernah timbul sepanjang 11 pilihanraya sebelum itu atas sebab yang jelas - barisan kabinet dilantik DYMM Yang Dipertuan Agung berdasarkan kedudukkan parti masing-masing di Parlimen selepas pilihanraya berakhir.

Ada dua cerita berbeza disini yang harus kita faham , kedudukkan dalam parlimen hanya kriteria untuk perlantikan.  Pemegang jawatan akan kekal dalam jawatan masing-masing sehingga DYMM Yang Dipertuan Agung melantik pihak lain pula sebagai kerajaan baru berdasarkan kedudukan kerusi Parlimen terkini selepas pilihanraya terakhir berlangsung.

Pendek kata tidak wujud soal ‘kerajaan sementara’ kerana barisan kabinet yang memerintah negara ini adalah yang sah, dilantik atas perkenan DYMM Yang Dipertuan Agung – institusi yang tidak terusik, walaupun parlimen di bubarkan.

Ini yang kita semua faham dan agak pelik kenapa pakatan pembangkang menjadikan isu ini kecoh?

Namun pada satu-satu ketika persoalan ini begitu kurang diberi perhatian, termasuk dari dalam BN sendiri kerana ada isu yang lebih besar iaitu bagaimana nak menjatuhkan anak beranak & co tapi dalam masa yang sama memastikan BN masih kekal berkuasa.

Sebaik pembangkang menang di beberapa negeri dan menambah kerusi di Parlimen, langsunglah isu ini tenggelam terus, sehinggalah dibangkitkan baru-baru ini lanjutan dari syor oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

Jawatankuasa yang didesak penubuhannya oleh pembangkang setelah melihat mereka kalah 8 kali pilihanraya kecil berturut-turut (kecuali Sibu) sejak pilihanraya kecil Bagan Pinang 2009. Masa depa menang 8 kali pilihanraya kecil berturut-turut (kecuali Batang Air) sebelum itu, tak pulak bising pasal pilihanraya tak adil dan sebagainya.

Pendek kata, penubuhan jawatankuasa ini seperti yang kita semua tahu adalah hasil desakan pakatan pembangkang (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) kerana kononnya sistem pilihanraya negara ini tidak adil sehingga ada pihak yang mahu pula mendapatkan sokongan kuasa asing untuk memantau proses pilihanraya negara kita.

Yang berpuluh-puluh orang wakil pembangkang jadi Ahli Parlimen tu dan perintah beberapa negeri, tak tahu sistem mana yang dipakai, sistem Papua New Guinea agaknya ??

Oppss !!..Papua tak boleh sebut, nanti PAS Kedah semput.

Baiklah, persoalannya sekarang, apa penting dengan isu ‘kerajaan sementara’ ini sehingga nak dipaksa Suruhanjaya Pilihanraya mengeluarkan buku panduan?  Adakah 12 ‘kerajaan sementara’ yang ada sebelum ini tidak sah kerana tidak ada buku panduan?

Percaya atau tidak inilah strategi dan perancangan licik yang sedang dilakukan oleh barisan pembangkang yang semua sudah sedia maklum siapa penerajunya untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan kerajaan sekiranya kita mengambil remeh isu ini.

Desakan untuk pihak SPR mengeluarkan buku panduan ini sebenarnya mempunyai muslihat tertentu yang cukup bahaya malah mampu menyebabkan negara dijajah oleh pihak-pihak tertentu seperti mana yang pernah berlaku satu ketika dulu sewaktu Bintang Tiga berkuasa selama 14 hari sebelum tentera British kembali ke Tanah Melayu. 

Hati-hati dengan strategi licik juak-juak pembangkang ini kerana mereka sanggup melakukan apa saja demi memastikan niat dan impian menguasai Putrajaya tercapai.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels