Followers

Thursday, 25 October 2012

Lagi Perkara Tak Senonoh Berlaku Dalam Lif ???!!


Macam-macam hal manusia zaman sekarang ni , perangai dan tingkah laku setengahnya kadang-kadang mampu membuatkan kita semua tak tidur malam malah mungkin sampai ke tahap meluat.

Namun apa yang MMI paparkan ini bukanlah perlakuan mahupun sikap pelik yang menjurus kepada perbuatan tidak bermoral mana-mana pihak mahupun pemimpin-pemimpin politik tetapi ianya mungkin adalah satu promosi daripada LG sebuah syarikat barangan elektrik terkemuka di dunia dan mereka sebenarnya telah memberikan satu pengalaman baru kepada pengguna lif.




Mengalami pengalaman di mana lantai lif terkopak dan jatuh satu per satu ke bawah semasa anda menaiki lif mungkin merupakan perkara paling buruk yang boleh berlaku dan pihak LG  ingin semua orang merasai mimpi ngeri ini dengan aksi terbaru mereka.

Mereka menggunakan sembilan monitor IPS keluaran terbaru bagi menjayakan ilusi ini apabila butang lif ditekan dan pintu lif telah tertutup. 

Bagi menambahkan ketakutan anda, lif tersebut juga dilengkapi dengan kerlipan lampu dan bunyi logam seperti terkoyak jatuh. Seperti yang anda boleh lihat dalam video di bawah, tiada siapa yang dapat menjangka situasi ini dan bertindak sewajarnya. Namun apa yang pasti, semua orang ketawa apabila mengetahui ia adalah sekadar gurauan.


Kalau MMI kat dalam lif tu tentu dah menjerit silap-silap pitam tapi kalau Anwar and the gang , rasa-rasa MMI mesti puak tu tuduh UMNO yang buat !!! Macam-macam..

MMI.

1 comment:

Labels