Followers

Thursday, 25 October 2012

Isu Hudud - Pakatan Haprak Mula Bertempik !!!!!


Puak-puak Pakatan Haprak nampaknya bersungguh-sungguh menggunakan talian hayat yang ada untuk betul-betul menghentam UMNO dan BN.Jika sebelum ini mereka terdesak dan ketandusan isu kini dengan isu Datuk Seri Chua Soi Lek serta MCA yang dikatakan menolak hudud maka bertempik sakanlah juak-juak Paktan Haprak termasuklah mereka-mereka  yang bukan dari kalangan orang Melayu Islam.

Pakatan Haprak Perak akan menghantar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Ekoran itu juga, Pakatan Haprak Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.

Tu dia punya kalutnya puak-puak ni bila kena dekat orang !!

MMI pun hairan macam mana puak-puak tu boleh kata Soi Lek tak henti-henti hina Islam ? Lepas tu pula siap bagitau ianya menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama. 

MMI tak nafi kenyataan Soi Lek salah dan MMI antara blogger yang turut memuatkan entri mendesak supaya beliau memohon maaf di atas tindakannya Baca Sini namun melihat juak-juak Pakatan Haprak dengan tindakan sedemikian rupa mengingatkan MMI terhadap tindakan mereka sebelum ini yang juga melibatkan isu yang hampir sama.




Jika isu Soi Lek tindakan terus digerakkan bagaimana pula dengan kes Karpal Singh yang terang-terangan menolak Islam malah perkataan yang keluar dari mulut beliau lebih dasyat bilamana ungkapan "Langkah Mayat Aku Dulu" sudah lama berkemundang sehinggalah yang terkini.

Karpal juga dengan nada tegas telah menyatakan tidak akan berkompromi dalam soal hudud dan mungkin juak-juak pencacai Pakatan Haprak khususnya PAS terlupa mereka sendiri sudah pun melacurkan perjuangan Islam mereka kepada perjuangan "Negara Berkebajikan" demi memenuhi tuntutan sebagai rakan parti dalam Pakatan Haprak.

Jelas sikap "Double Standard" dalam soal ini amat jelas diamalkan oleh mereka.

Persoalan mengapa agaknya sebelum ini mahupun hari ini juak-juak Pakatan Haprak langsung tidak pernah menyerahkan sebarang memo mahupun mengadakan sebarang demontrasi terhadap Karpal Singh kerana beliau lebih awal turut menolak hudud ?

Nampak sangat sikap mereka hanyalah untuk memesong pandangan rakyat dan mengheret isu ini menjadi isu politik demi menagih undi untuk diisi kantung nafsu mereka menuju Putrajaya.

Pssttt Tolak sebarang usaha menghina dan mencerca agama Islam !!!

MMI.

1 comment:

  1. PEMBANGKANG DAH XDE MODAL DAHHH. DAH KERING IDEA NAK PANCING UNDI MELAYU SO GUNAKAN LAH ISU SOI LEK NI. PADAHAL ISU NI DAH LAMA, DULU TAKDE PLAK MENYALAK, SEKARANG JE MEROYAN DAN MENYALAK. SEBABNYA DIORG BAKAL KALAH ITU SUDAH PASTI, SO ISU SOILEK KONONNYA HINA ISLAM ADALAH TALI HAYAT PEMBANGKANG. SUDAH LAHHHH PIRAH MABUK... KARPAL SINGH JAHANAM BINATANG TU CABAR LANGKAH MAYAT DIA TAK BERANI PLAK . ISU CINA HARAMJADAH MCM TERESA KOK AGIH2KAN DAGING KORBAN DENGAN TANGAN MAKAN BABI TU TAK BISING PLAK UMNO/BN??? BEREBUT REBUT ORG PAS KEJAR DAGING KORBAN AGIHAN DRP TANGAN MAKAN DAN PEGANG BABI TU.... NAMPAK SGT PAS PKR DAN DAP SUDAH KALAH SEBELUM BERTEMPUR.
    MAMPOS KO SEMUA KALI INI............

    ReplyDelete

Labels