Followers

Wednesday, 31 October 2012

MALIK ITIK BIADAP !! Rejim DAPigs P. Pinang Tidak Hormati Islam


Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan melayan tuntutan yang dikemukakan oleh Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) seperti diputuskan dalam Majlis Silaturrahim Ummah pada Ahad lalu selagi tidak menerimanya secara rasmi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima tuntutan tersebut daripada penganjur majlis berkenaan.

“Saya tidak diberi tahu mengenai tuntutan berkenaan dan hanya mengetahuinya melalui akhbar.

“Oleh itu, tidak perlu untuk saya memberikan sebarang komen berhubung tuntutan-tuntutan tersebut," .... begitulah sikap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama rejim DAPigs di Pulau Pinang.

Perkara paling mudah yang dapat kita lihat disini adalah bagaimana orang Islam sendiri yang hari ini memegang kuasa seperti Malik langsung tidak mengambil endah dan memandang remeh terhadap orang Islam sendiri.

Persoalannya apakah tuntutan JMPP itu merupakan tuntutan politik ? Malik mungkin terlupa bahawa beliau adalah orang Islam dan sebagai Islam sepatutnya beliau serius dalam tuntutan seperti ini kerana ianya melibatkan kesucian Islam khususnya di Pulau Pinang.

Walaupun masih belum menerima tuntutan tersebut ianya bukanlah satu alasan kukuh untuk bersikap sambil lewa malah maklumat yang Malik perolehi melalui akhbar sepatutnya dijadikan sebagai medium untuk beliau memanggil malah mengaturkan satu perjumpaan bersama JMPP bagi menyelesaikan isu tuntutan dan sebab musababnya.

Tindakan dan kenyataan Malik jelas sekali menunjukkan sikap kerajaan negeri pimpinan rejim DAPigs yang langsung tidak menghormati sensitiviti orang Islam dan agama Islam itu sendiri.

Malah Malik sebagai pemimpin dalam kerajaan negeri sepatutnya berasa malu apabila tokoh-tokoh agama di negara ini turut menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang menyerahkan pelantikan jawatan mufti dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam serta perkara berkaitan agama kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut mereka, jawatan tersebut bukan untuk dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana pelantikan itu membabitkan agama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kuasa pelantikan mufti oleh Yang di-Pertuan Agong atau sultan perlu dipertahankan kerana jawatan itu bukan untuk tujuan politik.

“Kalau mufti dilantik oleh kerajaan negeri, pelantikan itu akan dipolitikkan, kalau tidak suka bila-bila masa jawatan berkenaan boleh ditarik balik.

“Mufti bukan ahli politik dan seharusnya jawatan berkenaan diperkukuhkan selaras dengan fungsinya sebagai penasihat agama,’".

Kenyataan daripada Tan Sri Harussani Zakaria itu merupakan salah satu daripada tuntutan JMPP terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini.


Apa yang boleh MMI simpulkan disini adalah Malik selaku pemimpin yang dipertanggungjawabkan bagi menjaga hal ehwal agama di Pulau Pinang bersikap BIADAP terhadap orang Islam apabila langsung tidak menghormati tuntutan JMPP yang mewakili suara NGO-NGO Islam di Pulau Pinang.

Sebagai pemimpin haruskah Malik mempersoalkan perihal tuntutan yang masih belum sampai kepadanya sedangkan isu ini sudah pun berada didada-dada akhbar ??? Bukankah sebagai seorang Islam dan pemimpin beliau seharusnya melakukan sesuatu dengan terus berhubung dengan pihak JMPP bagi mendapatkan pengesahan dan melakukan tindakan yang sewajarnya ???

MMI kesal dengan sikap dan tindakan Malik yang langsung tidak menghormati hak dan suara rakyat khususnya orang-orang Islam di Pulau Pinang.

Psstt barangkali Malik bukan pemimpin Islam agaknya ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels