Followers

Wednesday, 10 October 2012

Mesti Baca Hebatnya Kuasa Wanita !!


Sebut saja wanita pastinya ramai dikalangan kita sudah terbayang di kepala pelbagai jenis dan ragam wanita yang saban hari kita jumpa.Ada yang cantik , seksi , berani  malah bermacam-macamlah sampaikan ada setengahnya yang terlebih berani hinggakan berbogel.

Itulah hebatnya wanita ni dan ada kadang kalanya lelaki pun mampu mengalirkan air mata dek kerana penangan wanita.Hehe apa pun itulah kehebatan yang ada pada makhluk bernama wanita  ciptaan Allah SWT yang hari ini juga mampu menggegarkan dunia.

Teringat satu kata-kata tangan yang menghayunkan buaian mampu menggoncang dunia.Memang tepat sekali , dalam dunia hari ini lelaki dan wanita peranan masing-masing dah boleh kata sama dah cumanya bagi wanita yang solehah mereka tetap ada keistimewaan tersendiri.

Apa yang MMI nak tampilkan kali ini adalah berkenaan wanita jadi tak salah lah kalau serba sedikit MMI bercerita tentang wanita.Kalau ada yang tak betul tu MMI minta maaflah dan perbetulkanlah di ruangan komen kat bawah tu.

Melihat dominasi kaum adam di Dewan Rakyat kadang kala ianya seperti membataskan sumbangan  para wanita dalam mengambil tempat khususnya dalam perbahasan yang agresif namun disebalik minoriti mereka rupa-rupanya ada yang cukup berkaliber malah kalau diperatikan lebih agresif dari kaum adam yang di Dewan Rakyat.

Tak percaya jom kita tengok rakaman di bawah ni.

  

Hebat bukan ? Sampaikan Mak Lampir pun tak mahu dilayannya hehehe..Kalau ampa semua mengikuti entri-entri MMI sebelum ini maka ampa akan jumpa lagi seorang wanita yang lebih kurang sama agresifnya Klik Sini .

Bagi MMI kehadiran pemimpin-pemimpin wanita dari UMNO dan Barisan Nasional dalam Dewan Rakyat sebenarnya banyak membantu pihak kerajaan dalam menggerakkan polisi dan dasar-dasar kerajaan yang semestinya meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.

Malah jika dilihat mereka sebenarnya antara pemimpin yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.Kepada pimpinan wanita UMNO dan Barisan Nasional teruskan gerak kerja kamu sesungguhnya kehadiran kamu dalam politik negara sememangnya amat-amat diperlukan.

Syabas kepada Dato' Seri Azalina Othman Said dan Datuk Halimah Mohd Sadique kerana anda sudah pun membuktikan keupayaan wanita dalam berpolitik.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels