Sebelum entri ini diteruskan MMI nak ingatkan kepada semua supaya bertenang dan jangan pula ada yang pengsan kerana apa yang bakal anda saksikan nanti mampu menegangkan urat-urat saraf anda.
Terlebih dahulu MMI nak tegaskan juga yang gambar diatas tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah mati dan ianya hanyalah sekadar gimik @ hiasan entri.
Apa yang nak di kongsikan adalah perihal seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang MMI rasakan cukup berwibawa dan telah menarik perhatian MMI sendiri melihat beliau berhujah di Dewan Rakyat berkenaan isu Rapid di Pengerang.
Siapa lagi kalau bukan YB Azalina Othman Ahli Parlimen Pengerang Johor yang telah memberikan satu hujah yang cukup baik selain dari memastikan Nurul Izzah anak kesayangan Anwar Ibrahim melopong terduduk ketika bangun mencelah.
Jom kita tengok apa yang MMI maksudkan.
MMI tak nak mengulas apa yang dibahaskan oleh YB Azalina Othman supaya anda semua dapat melihat dan mendengar sendiri hujah tersebut supaya lebih umph !!
Apa yang MMI boleh katakan inilah antara contoh pemimpin berjiwa rakyat yang bukan sahaja membela rakyat di kawasannya malah turut mempunyai karisma tersendiri dalam menjalankan tugasannya sebagai seorang Ahli Parlimen.
Pastinya anda akan turut bersetuju dengan MMI setelah melihat dan mendengar keseluruhan ucapan beliau.
Dengar khabarnya ramai juak-juak Pakatan Haprak panas telinga dengan hujah dari YB Azalina Othman.Baguslah macam tu bagi puak-puak tu reti sikit.
Bukan macam sesetengah tu bercakap pandai tapi hampeh langsung tak kenal ground , kepada sesetengah pemimpin anda perlu ingat rakyat kadang-kadang meluat dengan cara keBANDARan kamu itu sedangkan hakikatnya kamu juga turut berasal dari kawasan yang dulunya jauh dari membangun.
Ingatan kepada wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional , ikhlaskan diri untuk berkhidmat pada rakyat dengan menghargai mereka-mereka di kawasan bukan dengan mendengar serta meletakkan kepercayaan kepada orang luar untuk menentukan khidmat apa yang perlu diberikan kepada rakyat di kawasan.
PRU13 makin hampir jangan jadi BARUA kepada UMNO dan Barisan Nasional !!!
MMI.
No comments:
Post a Comment