Followers

Saturday, 6 October 2012

Selamat Berjuang Kelab Putera 1Malaysia


Pasukan utama misi bantuan kemanusiaan Myanmar Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) diketuai Presiden kelab, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berlepas ke negara itu hari ini.

Pasukan itu yang turut disertai 35 yang lain terdiri daripada sukarelawan pelbagai bangsa dan agama serta petugas media berlepas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.

Menurut Abdul Azeez, Myanmar adalah negara ke-27 yang dikunjungi KP1M dalam misi bantuan kemanusiaan dan ia dianggap antara negara yang sukar untuk dimasuki.

Bagaimanapun mereka akhirnya mendapat kebenaran masuk selepas dibantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas keakraban hubungan kedua-dua negara, katanya kepada pemberita sebelum berlepas.

Kumpulan itu dilepaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Lagi Berita  

Jom sama-sama kita doakan semoga anggota KP1M yang berlepas ke Myanmar selamat dalam misi mereka.

Psstt MMI tak berpeluang sekiranya diberikan ruang insyaallah MMI juga mahu turut serta..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels