Followers

Saturday, 6 October 2012

PANAS Ketua UMNO Mengamuk !! Ada Bayar Ka ??


Petang tadi heboh di Permatang Pauh perihal seorang Ketua UMNO Cawangan yang mengamuk sambil cuba mencari sedikit publisiti dengan di bantu oleh juak-juak Pakatan Haprak.Kejadian dilaporkan berlaku kerana Ketua UMNO Cawangan Permatang Tengah Permatang Pauh yang bernama Talib itu menegaskan beliau telah ditipu oleh pemimpin UMNO sendiri.


Pemimpin yang dimaksudkan itu adalah Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar dan mereka juga telah diminta untuk meletakkan jawatan.

Kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib telah melakukan penipuan dalam isu Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang. Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. “Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?” soalnya.Baca Sini.


Bagi MMI apa yang berlaku petang tadi menimbulkan sedikit kekeliruan bilamana Talib hanya hadir seorang diri dan kononnya mewakili seluruh ahli UMNO Cawangan Permatang Tengah.

Apakah Talib benar-benar mewakili seluruh ahli UMNO di cawangan Permatang Tengah ataupun ianya hanya tindakan seorang individu yang kecewa dengan sesuatu yang lain ?

Kalau nak tau cerita tentang Talib ni Baca Sini

Melihat apa yang berlaku jelas sekali juak-juak Pakatan Haprak yang menguasai tunjuk perasaan tersebut.

Apa pun yang berlaku ianya menimbulkan pelbagai persepsi dan seharusnya pemimpin yang disebut  oleh Talib perlu tampil memberikan penjelasan kerana ianya telah mencemarkan bukan saja pemimpin tersebut malah parti UMNO dan Barisan Nasional yang kini dalam persiapan terakhir menghadapi pilihanraya ke-13.

Jika merujuk kepada kenyataan dari pemimpin yang dimaksudkan oleh Talib sebelum ini mereka telah pun menyangkal dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Baca Sini.

Maka bagi MMI jalan terbaik daripada kejadian yang berlaku petang tadi kedua-dua pemimpin Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar yang dituduh sebegitu rupa seharusnya tampil semula dan memperjelaskan kepada seluruh rakyat perkara yang sebenar.

Sekiranya mereka dipihak yang salah maka UMNO perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kita tidak memerlukan pemimpin UMNO yang sebegini dalam masa yang sama sekiranya perkara sebaliknya maka tindakan seharusnya diambil terhadap Talib kerana ianya jelas menghina khususnya parti UMNO.

Psstt banner tu agak-agak sapa yang buat aaa?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels