Followers

Sunday, 28 October 2012

Tu Dia Anwar Bakal Lebarkan Dinastinya !!!


Ketika seluruh parti politik sedang mempersiapkan jenteranya bagi menghadapi pilihanraya ke-13 Anwar Ibrahim kini sedang berkira-kira untuk melebarkan lagi dinastinya dalam PKR.Jika sebelum ini pelbagai dakwaan dan tuduhan di lemparkan terhadap UMNO dan Barisan Nasional tentang kroni , Anwar dalam diam-diam bakal melakukan perkara yang sama.

Nurul Nuha AnuWar Ibrahim, anak perempuan Anugerah Tuhan, diwar-warkan akan dicalonkan untuk bertanding kerusi parlimen, Nibong Tebal, Pulau Pinang di dalam Pilihanraya Umum (PRU) 13 akan datang. Selepas AnuWar Ibrahim, diikuti oleh isterinya, Wan Azizah, anak sulung mereka Nurul Izzah dan sekarang dinasti politik keluarga Anugerah Tuhan akan berterusan dengan pencalonan anak perempuan mereka yang seorang ini. Ini belum lagi termasuk "madu" AnuWar Ibrahim, Azmin Ali.


Nurul Nuha diberitakan sedang dipersiapkan untuk bertanding di Nibong Tebal bagi memberi saingan kepada calon "favourite" BN Datuk Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Sebenarnya inilah perancangan dan strategi Anwar bersama Tokong Guan Eng di Pulau Pinang bilamana Mansor kini sudah menjadi liabiliti kepada parti dan Pakatan Haprak kerana isu rakaman audionya.

Malah MMI melihat inilah caranya untuk mengeluarkan Mansor dari senarai pimpinan negeri sekiranya Pakatan Haprak menang dalam PRU-13 nanti.Mansor juga dikhabarkan bakal bertanding kerusi Parlimen di Nibong Tebal dan sudah pasti apa keputusan sekalipun Mansor tetap tidak akan berada dalam pentadbiran Tokong Guan Eng.

Jika Mansor menang di Nibong Tebal sudah pasti beliau akan berada di Parlimen dan Anwar seperti biasa pasti sudah menjanjikan sekiranya Pakatan Haprak menguasai Putrajaya maka Mansor bakal ditawarkan jawatan sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri.

Manakala sekiranya Mansor kalah di Nibong Tebal tetapi Pakatan Haprak menang dan menguasai Putrajaya Mansor sudah pasti bakal dilantik sebagai duta besar negara ke China seperti mana yang diidamkannya.

Maka yang paling pasti Nurul Nuha Anwar Ibrahim bakal mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Mansor dalam pentadbiran negeri dan negara bakal menyaksikan Dinasti politik Anwar akan terus dikembangkan. 

Persoalanya sejauh mana perancangan Anwar ini mampu direalisasikan ???

MMI telah dimaklumkan Mansor dan puak-puak Pakatan Haprak bakal berdepan dengan jentera BN yang terbaik di Nibong Tebal dan mereka tidak akan memberikan laluan mudah kepada parasit-parasit ini.  

Psst dengar cita CheguBard pun nak bertading juga !!!

Lagi cerita di MatKilau Penang 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels