Followers

Showing posts with label Dinasti Anwar. Show all posts
Showing posts with label Dinasti Anwar. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

PRU13 Rejim & Dinasti Pimpinan Pakatan Haprak Kini Kembali !! #TolaPR #TukarKelantan #BetterNation


Macam biasa pilihanraya umum ke13 tak sampai sebulan saja lagi malah mungkin 2 minggu dari sekarang.Jadi seperti pilihanraya yang lepas-lepas calon-calon akan diumumkan ada muka baru dan ada muka lama.

Namun seperkara yang ampa semua kena tahu sekali lagi pilihanraya umum ke13 bakal menyaksikan calon-calon dari kalangan rejim dan dinasti pimpinan puak Pakatan Haprak akan memenuhi ruang-ruang calon atas nama demokrasi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas,  telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang.

PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.

DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.  Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh.

 Persoalannya dimanakah perjuangan Pakatan Haprak yang kononnya anti kronisme dan nepotisme?

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?

Wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan sekarang kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof.

Parti yang kononnya Islam ni pun bergolak juga ?!!!

Untuk makluman ampa semua Pas letak calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai.  

Sebab itu puak-puak muslimah diberi kawasan yang PAS jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding lawan Tok Pa? Ops tak ada TELOQ hihihi....

Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

Hah sokonglah la lagi Siti ooiii...

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah ampa boleh percaya Pakatan Haprak akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal? 

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?

Kepada juak-juak macai Pakatan Haprak selamat berjuang sebab ampa semua hanyalah pencacai untuk kepuasan anak beranak depa !!!!

Pakatan Rakyat memang parti anak beranak !

MMI.

Friday, 22 March 2013

Nurul Cukur Bulu Kening ??


Kalau dah jenis penipu, sampai bila-bila pun penipu dan menipulah kerjanya. Kalau dah bapa jenis sendiri cakap, sendiri pun tak percaya, apa sangatlah seorang anak yang lembik ubun-ubunnya dan lembik juga segala-galanya.

Semalam Nurul Izzah bukan main mengepak menuduh polis tak jalankan risikan dengan betul, sebaliknya dengan selamba katak kata, polis terlalu banyak membuat pengintipan terhadap rakyat sampai tak sempat mengintip dan membuat risikan terhadap keselamatan negara.

Hari ini, sama macam dalam kes ORANG MELAYU PERLU DIBENARKAN MURTAD, Nurul Izzah buat kona baring. Dan-dan tu jugak dia keluarkan kenyataan media kononnya, dia menyokong sepenuhnya pasukan polis dan tentera Malaysia. Kononnya juga dia sekadar bersetuju dengan pendapat seorang bekas pegawai tentera yang sangat bermasalah dan telah dilucutkan tauliah pangkatnya bahawa risikan Malaysia terlalu lemah kerana terlalu banyak risikan dibuat terhadap rakyat sendiri.

Pusing kut mana pun, frasa, makna dan intonasi ayat, tetap sama. Maksudnya walau pusing macam mana sekalipun, Nurul Izzah memperlekehkan pihak polis dan masih lagi berpegang dengan tuduhannya bahawa PDRM perlu dimansuhkan dan intipan, siasatan, tangkapan dan pencegahan tidak boleh dilakukan di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai agenda subversif seperti PAPA JAHATnya dan dia sendiri.

Nurul Izzah pernah didedahkan sebagai MAKHLUK BETINA @#$%^&** yang cuba mendedahkan sistem persenjataan dan sistem pertahanan negara kepada pihak asing, menerusi wawancaranya dengan sebuah stesen televisyen negara jiran. Bagaimanapun, selepas pendedahan dibuat, dan siasatan hendak dilakukan, Nurul Izzah menyatakan bahawa semua itu hanyalah FITNAH JAHAT UMNO semata-mata dengan bantuan media-media seperti Utusan Malaysia, New Straits Times dan sebagainya.

Begitu juga ketika dia menyatakan dengan bangganya bahawa ORANG MELAYU PATUT DIBENARKAN MURTAD atas nama KEBEBASAN BERAGAMA, dia akhirnya membuat kesimpulan mudah dan menuduh Utusan Malaysia yang membuat fitnah terhadapnya, walaupun cakap-cakapnya telah dirakam dan ditayangkan menerusi YouTube dan sebagainya.

Sekarang, dia pusing cakap lagi...

Memang betullah... Kalau jenis baka jahat, sampai ke anak cucu pun, jahat jugalah!

Macam Anwar Ibrahim dan keturunannya... Sekarang ini, ternampak jelas kepada Nurul Izzah. Tak lama lagi, cucunya iaitu anak daripada Nurul Izzah dengan jantan lembik yang jadi balaci peneman Anwar meliwat jantan lembut lain pula!!!!

sumber theflyingkick

MMI.

Monday, 10 December 2012

Apa MAKSUMkah Anwar & Keluarganya ??


Apa MAKSUMkah Anwar dan keluarganya ? Itulah persoalan yang perlu anda semua fikirkan.Kerana jika kita sentiasa membuka ruang kepada dakyah Anwar maka sudah pasti pintu kebenaran akan tertutup rapat dan ini memungkinkan kita bakal menjadi sebahagian daripada juak-juak penyokong yang membabi buta taksubnya.

Ketahuilah bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.

Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.

Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.

Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.

Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.

Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang  menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau 'archaic', beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.

Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain.

Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.

Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi.


Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.

Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu.

Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu, Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.

Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi”, mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.


Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.

Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.

Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.

Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.

Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.

Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.

Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.

Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.

Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.

Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel, LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah.

Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia?

Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.

Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.

Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu.

Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.


MMI.

Sunday, 28 October 2012

Tu Dia Anwar Bakal Lebarkan Dinastinya !!!


Ketika seluruh parti politik sedang mempersiapkan jenteranya bagi menghadapi pilihanraya ke-13 Anwar Ibrahim kini sedang berkira-kira untuk melebarkan lagi dinastinya dalam PKR.Jika sebelum ini pelbagai dakwaan dan tuduhan di lemparkan terhadap UMNO dan Barisan Nasional tentang kroni , Anwar dalam diam-diam bakal melakukan perkara yang sama.

Nurul Nuha AnuWar Ibrahim, anak perempuan Anugerah Tuhan, diwar-warkan akan dicalonkan untuk bertanding kerusi parlimen, Nibong Tebal, Pulau Pinang di dalam Pilihanraya Umum (PRU) 13 akan datang. Selepas AnuWar Ibrahim, diikuti oleh isterinya, Wan Azizah, anak sulung mereka Nurul Izzah dan sekarang dinasti politik keluarga Anugerah Tuhan akan berterusan dengan pencalonan anak perempuan mereka yang seorang ini. Ini belum lagi termasuk "madu" AnuWar Ibrahim, Azmin Ali.


Nurul Nuha diberitakan sedang dipersiapkan untuk bertanding di Nibong Tebal bagi memberi saingan kepada calon "favourite" BN Datuk Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Sebenarnya inilah perancangan dan strategi Anwar bersama Tokong Guan Eng di Pulau Pinang bilamana Mansor kini sudah menjadi liabiliti kepada parti dan Pakatan Haprak kerana isu rakaman audionya.

Malah MMI melihat inilah caranya untuk mengeluarkan Mansor dari senarai pimpinan negeri sekiranya Pakatan Haprak menang dalam PRU-13 nanti.Mansor juga dikhabarkan bakal bertanding kerusi Parlimen di Nibong Tebal dan sudah pasti apa keputusan sekalipun Mansor tetap tidak akan berada dalam pentadbiran Tokong Guan Eng.

Jika Mansor menang di Nibong Tebal sudah pasti beliau akan berada di Parlimen dan Anwar seperti biasa pasti sudah menjanjikan sekiranya Pakatan Haprak menguasai Putrajaya maka Mansor bakal ditawarkan jawatan sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri.

Manakala sekiranya Mansor kalah di Nibong Tebal tetapi Pakatan Haprak menang dan menguasai Putrajaya Mansor sudah pasti bakal dilantik sebagai duta besar negara ke China seperti mana yang diidamkannya.

Maka yang paling pasti Nurul Nuha Anwar Ibrahim bakal mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Mansor dalam pentadbiran negeri dan negara bakal menyaksikan Dinasti politik Anwar akan terus dikembangkan. 

Persoalanya sejauh mana perancangan Anwar ini mampu direalisasikan ???

MMI telah dimaklumkan Mansor dan puak-puak Pakatan Haprak bakal berdepan dengan jentera BN yang terbaik di Nibong Tebal dan mereka tidak akan memberikan laluan mudah kepada parasit-parasit ini.  

Psst dengar cita CheguBard pun nak bertading juga !!!

Lagi cerita di MatKilau Penang 

MMI.

Labels