Followers

Sunday, 28 October 2012

Jawapan Kepada Total "Backout"


Semenjak MMI mengeluarkan entri berkenaan 'Total Blackout" yang menceritakan dunia bakal bergelap pada bulan Disember nanti menarik minat banyak pihak untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Pelbagai soalan diajukan pada MMI termasuklah sama ada "Total Blackout" itu hanyalah imaginasi atau pun sekadar penceritaan malah terdapat juga mereka-mereka diluar sana yang mahu MMI mengeluarkan entri tersebut kerana didakwa mengarut.

Apa pun MMI menghormati setiap pandangan daripada semua namun apabila menerima respon demi respon daripada banyak pihak termasuklah melalui komentar,email,FB dan juga pertanyaan dari kawan-kawan yang mengenali MMI maka rasanya MMI perlu merungkai misteri ini.

Apakah "Total Blackout" benar-benar akan berlaku pada bulan Disember nanti ? Dalam entri yang pertama  MMI ada menceritakan perihal komet yang diberi nama "Elenin" mempunyai ukuran berskala besar yang saiznya lebih besar dari saiz planet bumi sendiri.

Menurut pihak NASA , diberitakan komet ini bakal melalui bumi dalam proses pergerakan planet-planet maka ianya bakal menyebabkan "Elenin" melindungi cahaya matahari daripada mengenai bumi sewaktu "Elenin" melintasinya dan disinilah istilah "Total Balckout " itu wujud kerana tempoh masa yang diambil oleh "Elenin" dikatakan menyamai 3 hari di bumi.

Yang lain-lainnya anda boleh rujuk Di Sini namun semua pihak tidak lagi perlu bimbang perihal si "Elenin" ini kerana hampir pasti ianya tidak akan lagi menghantui sesiapa saja kerana pihak NASA sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa "Elenin" tidak akan menyebabkan dunia bergelap selama 3 hari malah "Elenin" dilaporkan sudah pun berpecah menjadi ketulan-ketulan kecil.

Laporan dari NASA :

Comet Elenin is no more.

Latest indications are this relatively small comet has broken into even smaller, even less significant, chunks of dust and ice. This trail of piffling particles will remain on the same path as the original comet, completing its unexceptional swing through the inner solar system this fall.

"Elenin did as new comets passing close by the sun do about two percent of the time: It broke apart," said Don Yeomans of NASA's Near-Earth Object Program Office at NASA's Jet Propulsion Laboratory in Pasadena, Calif. "Elenin's remnants will also act as other broken-up comets act. They will trail along in a debris cloud that will follow a well-understood path out of the inner solar system. After that, we won't see the scraps of comet Elenin around these parts for almost 12 millennia."

Twelve millennia may be a long time to Earthlings, but for those frozen inhabitants of the outer solar system who make this commute, a dozen millennia give or take is a walk in the celestial park. Comet Elenin came as close as 45 million miles (72 million kilometers) to the sun, but it arrived from the outer solar system's Oort Cloud, which is so far away its outer edge is about a third of the way to the nearest star other than our sun.

For those broken up over the breakup of what was formerly about 1.2 miles (2 kilometers) of uninspiring dust and ice, remember what Yeomans said about comets coming close to the sun – they fall apart about two percent of the time.Seterusnya

Kepada anda semua diharapkan penjelasan daripada MMI ini dapatlah merungkai persoalan yang timbul dan MMI juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin kurang senang dengan entri yang pertama berkenaan komet "Elenin" ini.

Apa pun MMI sebagai manusia dan hambanya yakin dan percaya bahawa kuasa Allah SWT lebih hebat dari segala-galanya dan kerana itulah barangkali komet yang saiznya lebih besar dari bumi boleh hancur begitu saja.

Hebatnya kuasa Allah SWT !! 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels