Nampaknya juak-juak pembangkang khususnya dari PAS sudah mula panas dengan tindakan terbaru Ustaz Nasharudin yang tampil di PWTC dan membentangkan kertas kerja beliau dalam Seminar Dakwah Islamiyyah Tunggak Kekuatan Ummah yang turut disaksikan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa yang bakal berlaku nanti? Adakah Mat Sabu akan hasut Hadi Awang supaya pecat Ustaz Nasha sebagai ahli PAS? Apapun tahniah buat Ustaz Nasha yang sanggup buang ideologi politik demi dakwah Islamiyyah.
Walaupun dari segi politik MMI masih kurang percaya kepada Ustaz Nasharudin namun tindakan demi tindakan yang beliau lakukan sebenarnya sudah membuktikan kredit seharusnya diberikan kepada beliau.
Sebagai seorang pemimpin pembangkang beliau telah menunjukkan satu sikap yang cukup profesional bilamana segala usaha kearah kebaikan pastinya akan disambut dengan sokongan daripada beliau malah sudah pun berjaya menempelak sesetengah pemimpin dari pembangkang sendiri yang dilihat jauh ketinggalan dan masih bertakuk dalam konteks politik sempit mereka.
Inilah sifat dan sikap seorang pemimpin sekiranya kita meletakkan Islam dan kekuatan ummah itu sebagai intipati utama dalam mengekang kemaraan musuh-musuh Islam bukannya dengan menyokong politik pecah belah yang penuh dengan dendam kesumat.
Semoga usaha kearah penyatuan umat Islam di Malaysia mampu dizahirkan dengan adanya pemimpin-pemimpin seperti Ustaz Nasharudin.
UMNO sentiasa membuka pintunya untuk berunding bagi memastikan perpaduan sesama umat Islam dapat direalisasikan.
Kehadiran Ustaz Nasharudin di PWTC sebenarnya memberikan banyak pengertian kepada kita sebagai umat Islam khususnya mereka-mereka yang terlibat dalam politik samaada UMNO dan PAS itu sendiri.
Sejauh mana ia mampu memberikan kebaikan kepada Islam serta umatnya , terletak ditangan kita masing-masing.Fikirkan !!
Ada juga MMI terdengar PAS bakal mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharudin kerana hadir ke PWTC.Soalnya beranikah mereka ???
MMI.
No comments:
Post a Comment