Followers
Showing posts with label Nasharudin. Show all posts
Showing posts with label Nasharudin. Show all posts
Wednesday, 15 May 2013
Suara Nasharudin !!
Tak perlu rasanya MMI ulas panjang lebar semua orang ada otak gunalah sebaik mungkin.
MMI.
Saturday, 16 February 2013
SAH Nasharudin Bakal Teraju JAKIM ?!!!
Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat bekas Timb Presiden PAS Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa yang telah diwar-warkan bakal dilantik sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam iaitu sebuah kementerian baru yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf kepada Kementerian dalam masa yang terdekat.
Tidak lupa ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan satu entiti ditahap kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini di mana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.
Keputusan menaiktaraf JAKIM kepada taraf Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini secara langsungnya juga telah merealisasikan usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.
Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara.
Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.
Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43: Jemaah Menteri dimana; (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya dan tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.
Maknanya, Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun dan ianya tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri akan di Jabatan Perdana Menteri seperti mana Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.
Sekiranya Ustaz Nasha tidak dicalonkan oleh PAS dalam PRU13 kelak sekalipun, Najib boleh melantiknya sebagai Senator ke Dewan Negara untuk mendapatkan khidmat beliau memegang jawatan Menteri Pertama Kementerian tersebut.sumber
MMI kata sinar semakin cerah dan kita sebagai pengendalinya perlu bijak dalam menyusun atur segala perancangan supaya hasilnya nanti menjadi manafaat bukan saja kepada negara tetapi juga kepada Bangsa,Agama dan Negara.
MMI.
Friday, 1 February 2013
Selamat Tinggal PAS !!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan kepimpinan parti itu sudah menolak keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa walaupun tokoh berkenaan mendakwa masih belum menerima surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti berkenaan.
Nik Aziz berkata, sama ada surat diterima atau tidak oleh Nasharudin berhubung status keahliannya, ia bukan perkara utama.
"Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali antara Majlis Daerah Pasir Puteh dengan empat syarikat pelaburan di sini semalam.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasharudin kelmarin yang mengakui masih ahli Pas berikutan tidak menerima sebarang surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti.kosmo
Maka dengan itu sahlah Nasharudin kini bukan lagi ahli PAS.Apa pun yang berlaku ianya adalah perkara biasa dalam dunia politik cumanya MMI mahu berkongsi dengan semua berkenaan sikap para juak PAS mendepani isu pemecatan Ustaz Nasharudin.
Percaya atau tidak juak-juak PAS yang dulunya begitu taat dan setia menyokong Nasharudin kini mencaci beliau hanya kerana bersama UMNO dan YAB PM dalam misi ke Gaza dan kerja-kerja menyelamatkan akidah orang Islam.
Berikut adalah komen dari blog asd
Inilah perjuangan PAS baru setelah kematian Ustaz Fadhil Noor , Agama Islam dijadikan sebagai senjata untuk mengaburi mata rakyat tiada lagi asas perjuangan yang tinggal hanyalah keinginan untuk berkuasa dan perasaan bongkak bahawa merekalah yang terbaik dalam semua perkara.
Bersekongkol dengan bukan Islam dilihat lebih baik daripada membantu sesama Islam ! Itulah PAS hari ini...
Tahniah dan Selamat Tinggal PAS !!
MMI.
Tuesday, 29 January 2013
Ulasan Menarik Blogger EP Isu Pemecatan Nasharudin PERLU BACA !!
Nampaknya ramai puak-puak PAS dan pakatan haram sudah meroyan dan cuba untuk menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasharudin Mat Isa...Ye la...kena la jawab balik supaya nama PAS dan Majlis Syura bersih...betul tak??..
Ada yang menghentam dan ada juga yang timbulkan persoalan...menarik tu...
Ada blog yang cuba untuk mempertahankan keputusan PAS dan Majlis Syura memecat Nasharudin Mat Isa dengan mengaitkan pemergianya ke Palestin bersama Perdana Menteri DS Najib sebagai satu tindakan yang menafikan hak Presiden kerana tidak memaklumkan kepada Jemaah dan selalu memberi kelebihan kepada musuh PAS...
Fuyoo...nak melawat dan menolong sedara Islam di Palestin pun nak kena dapat restu Presiden ke??Baca Seterusnya
Dalam semua ulasan oleh EP , MMI paling suka ayat ni ....
Wartawan dah tanya Nik Aziz..lain yang ditanya dan lain yang dijawabnya....Jawapan Nik Aziz ialah...suami isteri pun bercerai, Umat Islam pun boleh murtad, Pekerja pun boleh kena pecat dengan majikannya..tapi soalan asal kenapa dipecat Nik Aziz tak jawab....Nyanyuk agaknya...
MMI.
Sunday, 27 January 2013
Majlis Syura GUGURKAN Nasharudin TAHNIAH PAS !!
Tahniah PAS , pada ketika semua pihak mempertikaikan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam Majlis Syura PAS bertindak menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura PAS.Walaupun Majlis Syura PAS telah membuat keputusan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam namun di peringkat Pakatan Haprak ianya masih kekal dengan keputusan yang dibuat oleh Hadi bersama kepimpinan DAPigs dan PKR.
Persoalannya mengapa Majlis Syura PAS langsung tidak mengambil sebarang tindakan susulan supaya keputusan diperingkat Pakatan Haprak itu ditarik balik sebaliknya boleh pula mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang kedudukan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura ?
Alasan pengguguran Ustaz Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura kerana melanggar peraturan berjamaah dilihat cukup memalukan lebih-lebih lagi dalam keadaan penggunaan kalimah Allah masih menjadi teka teki dalam Pakatan Haprak.
Dalam hal ini dimana kredibiliti anggota Majlis Syura PAS yang dianggotai oleh ulama PAS sekiranya urusan parti diletakkan lebih penting dari membetulkan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ?
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.
Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.
Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama
PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.sumber kerispusaka
Tahniah PAS !!
MMI.
Wednesday, 23 January 2013
Najib & Nasharudin IKON Perpaduan !!
Tahniah dan syabas buat YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ustaz Nasharudin kerana kerjasama yang sudah dibuktikan ini merupakan tindakan yang paling baik khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia.MMI suka menyatakan inilah sebenarnya IKON kepada kemakmuran seluruh Malaysia bahkan juga kepada agama Islam.
Di saat pihak pembangkang begitu asyik menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan Najib dan Nasharudin membuktikan mereka berada di kelas tersendiri dan mampu bekerjasama dalam misi melibatkan negara dan kerajaan.
Pertamanya Najib sebagai Perdana Menteri dilihat berlapang dada dan dalam keadaan ini mengambil pendekatan yang cukup luar biasa apabila boleh bekerjasama dengan pemimpin pembangkang khususnya melibatkan urusan negara dan kerajaan.
Manakala Nasharudin pula merupakan seorang pemimpin pembangkang yang dilihat sudah memahami konsep menjadi pembangkang profesional.
Rakyat perlu difahamkan bahawa menjadi pembangkang dalam satu-satu kerajaan bukanlah bererti membangkang segala-galanya dan melakukan pula tindakan untuk merampas kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.
Pembangkang yang baik sebenarnya mempunyai hubungan dan jaringan yang baik dengan pihak kerajaan supaya segala perancangan untuk kebaikan negara dan rakyat dapat dipikul bersama khususnya dalam memberikan kefahaman kepada rakyat bukannya dengan melakukan fitnah dan berbohong sana sini.
MMI hormat kepada tindakan Nasharudin kerana beliau sudah membuktikan kepada mereka di luar sana bahawa kerjasama sesama kita selagi ianya benar,ikhlas dan jujur harus diteruskan.
Soal permainan politik diketepikan kerana kini Nasharudin tahu gerak kerja yang baik dan kerjasama bersama merupakan titik tolak kepada satu perubahan besar yang mungkin akan berlaku dalam sedikit masa lagi.
Kepada juak-juak Pakatan Haprak khususnya yang berbangsa Melayu dan mengaku Islam belajarlah untuk fahami tindakan berdasarkan nafsu dan dendam tidak akan membawa kamu ke mana.Malah kesan daripada tindak tanduk kamu sebelum ini sudah cukup untuk menyesatkan sebahagian daripada kita.
Alangkah ruginya bangsa dan agama kita kerana kita sentiasa berbalah sesama sendiri dan paling menyedihkan ada dikalangan mereka yang kini tunduk dan layu dengan bukan Islam atau dalam bahasa mudahnya sanggup menjadi pencacai kepada DAPigs.
MMI kini sedang menantikan respon daripada juak-juak PAS berkenaan kehadiran Nasharudin bersama PM di GAZA.Tindakan dan kenyataan mereka bakal menentukan segala-galanya.Sama-sama kita nantikan.
Baca juga di SINI
MMI.
Monday, 12 November 2012
TERKINI Muktamar PAS , NASHA Bakal Di Pecat ?!!
Muktamar PAS yang bakal diadakan minggu depan bakal mengumpulkan juak-juaknya dari seluruh negara.Pasti hebat muktamar tersebut dan pastinya seperti mana tahun-tahun sebelumnya muktamar itu bakal mendengdangkan alunan serta ucapan yang berapi-api khususnya dalam konteks perjuangan parti nak membela Islam.
Tapi seperti biasa dan kebiasaannya ucapan demi ucapan sebenarnya hanyalah retorik semata-mata kerana apa yang bakal berlaku selepas itu jauh menyimpang daripada apa yang di muktamadkan.
Dari maklumat yang MMI perolehi daripada seorang penyokong PAS yang kini sudah mula suam-suam kuku dengan perjuangan parti sendiri menyatakan tindakan Ustaz Nasharudin yang terbaru bakal menyebabkan beliau di pecat.
Uih biar betul ni ! MMI tanya sejauh mana kebenaran maklumat ini ? Penyokong PAS tersebut (Maaf nama perlu MMI rahsiakan) menyatakan dengan penuh kenyakinan lihatlah perjuangan PAS hari ini apakah mereka menghormati serta tegas dalam soal perjuangan Islam ? Bukankah mereka sendiri sudah pun memperlihatkan sikap SEKULAR apabila sanggup meletakkan agama sebagai bahan untuk kepentingan politik bukannya agama sebagai sebuah perjuangan ?
"Sebagai asas mudah , Apa yang pimpinan PAS buat apabila Timbalan Presiden Parti Mat Sabu secara terbuka menyatakan sanggup makan babi dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib"? Di mana suara pimpinan tertinggi parti dalam soal ini ? Apakah kerana Mat Sabu berjawatan tinggi maka ianya dibisukan ?
Apa PAS DAYUS untuk melakukan sesuatu terhadap Mat Sabu hanya kerana beliau rapat dan akrab dengan pimpinan DAPigs ? Inilah sebenarnya kaedah perjuangan PAS yang baru , sekiranya sebarang tindakan dan kenyataan yang menjurus kepada keuntungan parti dan sahabat dalam Pakatan Haprak ianya seboleh-bolehnya akan didiamkan.
Tetapi sekiranya terdapat kenyataan dan tindakan yang menjurus kearah serangan terhadap parti sendiri mahupun rakan dalam Pakatan Haprak maka sudah tentu akan ada tindakan-tindakan tertentu termasuk memecat ahli sendiri demi menyelamatkan perjuangan penuh nafsu mereka.
Itulah antara kata-kata dari penyokong PAS yang dah suam-suam kuku dengan perjuangan mereka.
Bagi MMI hujah beliau ada asasnya , terkini lihat saja kenyataan daripada Ustaz Nasha berkenaan tindakan Nurul apabila berhujah perihal tiada paksaan dalam beragama.
Isu ini pada saya sangat fundamental dan menyentuh hati umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya. Ditinjau dari segi tasawwur dan epistemologi Islam, isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.
Saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan dan pabila sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat diatas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita.
Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.
Istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "akidah dan syariah Islam". Kedua, ia bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam katogeri mengiyakan fahaman liberalisme iaitu "meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam.
Bagi saya ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh.
Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsir Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya.
Sebagai komponen Pakatan Rakyat, PAS khasnya, kepimpinan PAS yang terdiri daripada ulama harus memandang serius kenyataan ini.
NASHARUDIN MAT ISA
Bekas Timbalan Presiden Pas
Apakah tindakan dan kenyataan Ustaz Nasha ini bakal menyebabkan beliau sekali lagi terlibat dalam kancah pecat memecat ini ?
Sama-sama kita nantikan...
MMI.
Wednesday, 10 October 2012
TERKINI PWTC Bergegar Hari Ini !!
Putra World Trade Centre @ Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini dilaporkan bergegar sehinggakan semua petugas-petugas diarahkan mengosongkan segera bangunan tersebut.Punca gegaran tersebut masih tidak dapat dipastikan kerana sehingga kini kerja-kerja mengesan masih di lakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Ramai pihak terpinga-pinga dengan apa yang berlaku kerana bangunan-bangunan lain tidak mengalami gegaran tersebut.Apakah yang menjadi puncanya masih menjadi misteri sehingga kini.
Hahah amacam berita tu ? Hehe jangan marah na MMI saja ja bagi gempak sikit , untuk makluman ampa semua bangunan PWTC tu masih kukuh seperti asalnya dan semua dalam keadaan baik.
Cumanya PWTC bergegar juga , bergegar dengan suara sumbang oleh puak-puak belah sana noo dah tak boleh tahan dah.Pasai apa jadi lagu tu ?
Semua sebab Ustaz Nasharudin buat pembentangan kertas kerja dia semalam dan dalam entri MMI dah pun menyatakan yang puak-puak ni bakal panas telinga Baca Sini nah sekarang dah jadi kenyataan.
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.
Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.
Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.
"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.
"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.
Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.Lagi Berita
Makin teruk puak-puak ni , Si Mahfuz Mr. Bean PAS ni kata Ustaz Nasha dah cabar keputusan majlis syura !! Sebab tu dia marah sangat.
MMI nak bagitau sikitlah kat Mr.Bean ni Majlis Syura tu apa ? Tak hairannya Ustaz Nasha tu sebab dia perjuangkan agama Islam serta penyatuan ummah supaya Islam di Malaysia lebih kuat dan dihormati.
Allo Mr.Bean besok di akhirat malaikat tak tanya ang ada hormat Majlis Syura ka dak ?
Lagi satu juak-juak dan pemimpin PAS lebih agungkan Mat Sabu daripada Ustaz Nasha ? Beza banyak tu antara dua orang ni !! Sapa-sapa tolong jawab sat aih....
MMI.
YB Nasharuddin Bentang Kertas Kerja Seminar Dakwah Di PWTC - Juak-Juak PAS Sudah Mula Panas Katanya !!
Nampaknya juak-juak pembangkang khususnya dari PAS sudah mula panas dengan tindakan terbaru Ustaz Nasharudin yang tampil di PWTC dan membentangkan kertas kerja beliau dalam Seminar Dakwah Islamiyyah Tunggak Kekuatan Ummah yang turut disaksikan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa yang bakal berlaku nanti? Adakah Mat Sabu akan hasut Hadi Awang supaya pecat Ustaz Nasha sebagai ahli PAS? Apapun tahniah buat Ustaz Nasha yang sanggup buang ideologi politik demi dakwah Islamiyyah.
Walaupun dari segi politik MMI masih kurang percaya kepada Ustaz Nasharudin namun tindakan demi tindakan yang beliau lakukan sebenarnya sudah membuktikan kredit seharusnya diberikan kepada beliau.
Sebagai seorang pemimpin pembangkang beliau telah menunjukkan satu sikap yang cukup profesional bilamana segala usaha kearah kebaikan pastinya akan disambut dengan sokongan daripada beliau malah sudah pun berjaya menempelak sesetengah pemimpin dari pembangkang sendiri yang dilihat jauh ketinggalan dan masih bertakuk dalam konteks politik sempit mereka.
Inilah sifat dan sikap seorang pemimpin sekiranya kita meletakkan Islam dan kekuatan ummah itu sebagai intipati utama dalam mengekang kemaraan musuh-musuh Islam bukannya dengan menyokong politik pecah belah yang penuh dengan dendam kesumat.
Semoga usaha kearah penyatuan umat Islam di Malaysia mampu dizahirkan dengan adanya pemimpin-pemimpin seperti Ustaz Nasharudin.
UMNO sentiasa membuka pintunya untuk berunding bagi memastikan perpaduan sesama umat Islam dapat direalisasikan.
Kehadiran Ustaz Nasharudin di PWTC sebenarnya memberikan banyak pengertian kepada kita sebagai umat Islam khususnya mereka-mereka yang terlibat dalam politik samaada UMNO dan PAS itu sendiri.
Sejauh mana ia mampu memberikan kebaikan kepada Islam serta umatnya , terletak ditangan kita masing-masing.Fikirkan !!
Ada juga MMI terdengar PAS bakal mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharudin kerana hadir ke PWTC.Soalnya beranikah mereka ???
MMI.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.bmp)




.jpg)
