Followers

Friday, 23 November 2012

Air Sapa Yang Naik Kepala ??


Apa hal pula ni sampai keluar cerita air naik kepala ? Aisey SX betullah kalau dah sampai cerita-cerita semacam ni pun nak di kongsikan dengan semua orang.Tapi dah jadi fitrah manusia akhir zaman agaknya segala perkara nak dikongsikan termasuklah benda dan barang yang menjadi hak milik kekal lagi SULIT.

Namun ampa semua jangan lah gopoh sangat cerita yang MMI nak kongsi ni pasal isu air negeri Kedah dengan Pulau Pinang yang nampaknya dah jadi caca merba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menyifatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan Pas Kedah tidak sepakat berhubung isu bayaran premium bekalan air mentah antara kedua-dua buah negeri.

Menurut Helmi, sebagai kerajaan yang mendakwa kononnya berjiwa rakyat perbincangan seharusnya diadakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung pembayaran itu.

“Kita boleh lihat Bajet 2013 negeri Kedah yang menyatakan kerajaan Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah kepada kerajaan Kedah.

“Sepatutnya perkara itu tidak timbul jika ada kerjasama antara mereka, namun berlaku sebaliknya sehinggakan perkara ini dibangkitkan semula," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan kawasan itu di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika membentangkan belanjawan itu Selasa lalu memaklumkan Kedah menjangkakan kutipan hasil negeri 2013 akan meningkat yang mana turut disumbang oleh bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) kepada Pulau Pinang.

Sementara itu, Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang bayaran kepada kerajaan negeri Kedah berhubung bekalan air mentah itu.

Katanya, tindakan itu memandangkan pihaknya masih belum menerima surat rasmi walaupun Azizan telah membentangkan perkara berkenaan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Mana yang kata puak-puak Pakatan Haprak ni bagus sangat dalam buat kerja untuk rakyat ? Yang selalu ada kerja politik kotor , yang tu tak payah sapa ajar memang dah pandai sejak azali agaknya.

Dalam isu di atas kita sendiri dapat melihat bagaimana Pakatan Haprak sememangnya selama ini membohongi rakyat.Mana dia yang kata satu pasukan ? bab air pun tunggang langgang...

Ni lah padahnya bila air dah naik kepala pemimpin Pakatan Haprak yang sana kata macam ni yang sini kata macam tu "last" sekali rakyat jadi mangsa.

Mengarut !!!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels