Followers

Monday, 19 November 2012

Al-Kisah Unit SENGAL PAS - JOM BLAH !!


Pasti ramai yang sudah pun tahu akan kewujudan unit sengal dalam parti PAS yang selama ini dijadikan sebagai jentera utama dalam setiap urusan parti mereka.Bermula daripada jentera kempen pilihan raya sehinggalah menjadi pencacai kepada Pakatan Haprak semuanya diamanahkan kepada barisan anak muda bernama unit sengal ini walaupun telah dibuktikan ianya adalah "platform" bagi merekrut penyokong PAS tanpa mengira usia.

Seperti lazimnya unit sengal pasti akan ada dalam mana-mana program yang dianjurkan oleh PAS mahupun program-program di bawah Pakatan Haprak yang melibatkan PAS bersama.Malahan kewujudan unit sengal ini sebagai penjaga lalu lintas sewaktu ceramah-ceramah dianjurkan sudah menjadi perkara biasa walaupun tindakan mereka itu tidak mendapat pengiktirafan mana-mana pihak berkuasa.

Unit sengal ini sinonim dengan dua perkara iaitu berlari dan memekik.Memekik apabila siri-siri ceramah Pakatan Haprak diadakan maka sudah pasti laungan takbir akan disambut membuta tuli oleh anggota unit sengal ini walaupun yang berceramah itu adalah pemimpin DAPigs yang sedang menghina pemimpin yang sebangsa dan seagama dengan mereka.

Berlari adalah satu kelebihan terbaru yang dimiliki oleh unit sengal ini yang sukar ditandingi oleh mana-mana unit lain yang seangkatan dengannya.

Kelebihan terbaru itu disedari pada ketika himpunan BERSIH 2.0 yang lalu bilamana unit sengal merupakan barisan hadapan yang berlari dan kemudiannya merempuh anggota Polis yang berkawal di Dataran Merdeka.



Nampak jelas bukan ? Jadi apa yang MMI nak anda semua faham adalah tindakan unit sengal selama ini adalah tindakan yang selalunya menyanggahi undang-undang ataupun melanggar undang-undang.Apabila undang-undang pun tidak dihormati oleh unit sengal ini apa sangatlah , apa sangatlah yang nak dibanggakan dengan mereka.

Begitulah ceritanya perihal unit sengal ini namun ada cerita terbaru yang melibatkan unit sengal ini dalam muktamar PAS 2012 di Kota Bharu Kelantan.

Al-kisahnya unit yang paling awal sampai dan selalunya balik paling lewat , UNIT SENGAL menyaksikan 'pemberontakan kecil' apabila Unit Sengal dari Perak, Pahang dan Terengganu mengambil keputusan untuk mengemas beg dan meninggalkan muktamar jam 10:30 pagi ketika muktamar masih berjalan . Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Unit Sengal sepanjang mana-mana Muktamar, ialah meninggalkan majlis sebelum majlis selesai. 

Tindakan Unit-Unit Sengal dari ketiga-tiga negeri tersebut dilakukan sebagai tanda protes atas keegoan pimpinan PAS Kelantan. Dikatakan, sepanjang muktamar dijalankan, PAS Kelantan bertindak seperti tuan besar dan bukannya sebagai penganjur majlis. Dan sememangnya, PAS Kelantan sentiasa menampilkan diri mereka sebagai 'Kaabah PAS' yang perlu dipandang tinggi serta diberikan keutamaan.

Gambar Hiasan Kalah PKR dengan DAPigs !!
Memang sengallah puak-puak ni betul tak ? Keberangkatan pulang unit-unit sengal dari muktamar kali ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana sesuatu pastinya berlaku kerana amat mustahil sekali ianya dilakukan kerana "driver" bas dah nak balik sangat-sangat.

Mana boleh macam tu kan ? Agak-agaklah nak menipu pun !! Khabarnya pemberontakan ini dilakukan kerana pelbagai insiden yang tidak sepatutnya akibat daripada pengurusan muktamar yang kucar-kacir.

Hah tudia jadi lagu tu pula dah !! Pastinya ampa semua nak tau lebih , jadi ampa Klik Sini dan baca sendiri.

Nampaknya PAS kini sudah tidak lagi mampu menutup bau BANGKAI yang ada pada parti tersebut dan juga sewaktu muktamar baru-baru ini.MMI tak hairan sangat dah sebab dah memang kenal sangat sikap puak-puak ni cumanya satu persoalan kepada anda yang membaca ikhlaskah perjuangan PAS hari ini ?

Psstt memang betullah unit tu memang sengal pun......JOM BLAH ! JOM BLAH !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels