Followers

Saturday 10 November 2012

Anak Papa Dah Mula Risau !!


Jika sebelum ini Nurul Izzah antara pemimpin Pakatan Haprak yang agak lantang di pentas-pentas ceramah kini tidak lagi semuanya kerana satu kejadian paling jahil yang beliau lakukan baru-baru ini dalam satu forum bersama Mujahid Yusof Rawa di Selangor.

Nurul mungkin sudah mula merasa getarnya apabila seluruh negara bangun menyatakan kesal dan marah dengan tindakannya baru-baru ini.

Malah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini , dilihat cuba mengelak daripada menyatakan pendirian berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama sepatutnya terpakai sama rata dan bukannya hanya kepada orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya baru-baru ini.


Nurul Izzah Anwar tiba sambil ditemani peguamnya,Fadhlina Sidek (kanan) di bangunan JAIS, Shah Alam

Beliau yang ditemui pemberita selepas memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini turut mengelakkan diri daripada menjawab tentang kekecewaan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang mendakwa Nurul Izzah tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu dipakai sama rata termasuk orang Melayu.

Apakah tindakan tidak menjawab itu dikategorikan sebagai profesional atau ianya kerana mula takut nak mula mulut ? 

Nampaknya ada sesuatu yang menyebabkan ANAK PAPA RISAU ??

Barangkali PUAKA yang menghantui mulut Nurul sudah meninggalkannya..?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels