"BOLEH SAJA KERAJAAN YANG SAMA" itulah antara kata-kata dari Ambiga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) apabila menyentuh berkenaan pilihan raya ke13 negara dalam satu temuramah oleh CNN baru-baru ini.
Wow ! Apakah ini petandanya Si Ambiga bakal menyokong kerajaan Barisan Nasional ?
Barangkali dengan segala macam yang berlaku dalam Pakatan Haprak hari ini sudah menyedarkan Ambiga bahawa Pakatan Haprak sudah tidak lagi relevan dalam dunia politik tanahair.
Apatah lagi sebelum ini Ambiga telah pun disekolahkan oleh Khairy Jamaludin dalam debat berkaitan tuntutan BERSIH mengenai pilihan raya.
Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada kenyataan beliau sewaktu ditemuramah oleh wartawan CNN di New York Selasa lalu.
KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S.Ambiga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya kerajaan sedia ada dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang, asalkan ia dijalankan secara adil."Boleh saja kerajaan yang sama, orang yang sama masuk, (tetapi) mereka perlu membenarkan pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil," katanya dalam temu bual dengan Ketua Pewarta Antarabangsa CNN Christiane Amanpour di New York pada Selasa.Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata demikian apabila ditanya sama ada 'Arab Spring' mungkin berlaku di Malaysia."Di tempat kami, kami tak mahu berlaku 'Arab Spring'. Kami mahu pilih pemimpin kami melalui pilihan raya yang bersih dan adil, kami mahu berbuat demikian melalui peti undi," katanya.Ambiga berkata beliau lebih bimbang tentang proses pilihan raya itu sendiri, daripada siapa yang akan menang."Proses pilihan raya penting kerana ia mencerminkan kehendak rakyat. Ia adalah mengenai sah atau tidak dan memenuhi hak pemilih untuk mengundi," katanya.- Bernama
Rasanya habis juak-juak dengan pemimpin Pakatan Haprak pitam kalau Ambiga benar-benar sokong Barisan Nasional.
Siapa Ambiga ni ? Apa besar sangat dia ni ? kalau ya pun nak main wayang agak-agaklah, jangan nak stim sendiri, syok jer dia sembang "boleh saja kerajaan yang sama, orang yang sama asalkan ia dijalankan secara adil", macam dia pula yang tentukan masa depan negara ni.Baca ulasan seterusnya dari sahabat blog Gelombang Kick Klik Sini
Cuma satu ja lah , kalau dah rembat sampai 5 negeri masa PRU ke12 ari tu tang mana lagi yang tak BERSIH melainkan saja nak buat dajjal jelah..
MMI nak tunggu juga Ambiga nak bertanding di kerusi mana ?
MMI.
SALAM ZIARAH TUAN..TERIMA KASIH SBB TUAN SUDI MEMAUTKAN BLOG SAYA KE DLM BLOG TUAN...UTK PENGETAHUAN TUAN BLOG SAYA PERNAH MENGALAMI MSLH DI GODAM OLEH PIHAK2 TERTENTU SEHINGGA SAYA TAK DAPAT MEMAUTKAN BLOG2 SAHABAT LAIN YG MENYOKONG SAYA..SAYA DAH PUAS CUBA MEMBAIKI LINK BLOG SAYA SUPAYA DPT MEMAUTKAN BLOG2 SAHABAT TAPI HAMPA KERANA TETAP MENGALAMI MSLH YG SAMA IAITU SAYA TAK DAPAT MEMBUANG BLOG2 YANG TIDAK AKTIF UTK DI GANTIKAN DGN BLOG YG AKTIF. BAGAIMANA PUN SAYA DAH LETAKKAN BLOG TUAN DALAM BARISAN PEJUANG BERANI MATI PRO KERAJAAN DI BLOG SAYA. ITU SAJA YG SAYA MAMPU LAKUKAN. HARAP TUAN TAK BERKECIL HATI ATAU SALAH FAHAM KENAPA SAYA TAK DPT MEMAUTKAN BLOG TUAN YG HEBAT INI KE BLOG SAYA
ReplyDelete