Followers

Saturday, 3 November 2012

BANGKAI Di Lembah Sireh Kini Sudah Mula Membusuk !!


Skandal Pembangunan Lembah Sireh RM318.29 Juta Kini Hantui PAS Kelantan !! 

Satu yang pasti, kesemua mereka sedaya upaya cuba menggambarkan Projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu yang kosnya dianggarkan sekitar RM2 bilion itu bebas daripada skandal, penyelewengan dan salah guna guasa mahupun rasuah.

Hakikatnya projek pembangunan di Lembah Sireh itu sehingga kini hanya 5% saja yang berjaya disiapkan sebagaimana diakui sendiri oleh Exco Kerajaan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan.

Itupun hanya melibatkan projek komersial termasuklah pembinaan sebuah Pasaraya Besar Tesco, lot-lot kedai dan beberapa pembangunan lain yang tidakpun berbaloi dengan nilai tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang sudah menjadi hakmilik syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.


Manakala pembinaan komponen utama yang membabitkan kepentingan orang ramai seperti Jambatan Baru Palekbang (RM150 juta), sebuah masjid (RM20 juta) dan Stadium Tertutup Wanita (RM25 juta) hingga kini satu pun gagal untuk dibina.

Sedangkan kesemua komponen ini sepatutnya sudah siap sejak tahun 2007 lagi. Mentang-mentanglah kesemua pembinaan komponen di atas tidak menguntungkan poket para kroni maka sengaja diabaikan konon atas alasan harga bahan mentah telah meningkat naik.

Kalau setakat lewat disiapkan boleh tahan lagi, sekurang-kurangnya rakyat tahu tanah seluas 716.8 ekar yang sudah menjadi hakmilik Liziz Standaco itu tidaklah sia-sia kerana projek tetap berjalan.

Masalah sekarang tanah sudah tergadai bertukar milik tapi projek pembangunan sebagai komponen utama yang nilainya hampir setara dengan nilai tanah berharga RM318.29 juta itu waima satu tiang dan batang besi pun tak kelihatan.

Malah Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang pada asalnya termasuk dalam komponen tersebut yang patut dibina dan disiapkan oleh kerajaan PAS Kelantan melalui syarikat swasta yang dilantiknya itu pun tak termampu dibuat, akhirnya Kerajaan Pusat juga yang kena tolong binakan.

Bila Kerajaan Pusat dah tolong bina bermakna berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 8 Julai 2003 yang turut dihadiri oleh Nik Aziz selaku MB Kelantan, maka Liziz Standaco sebagai pemaju projek perlu membayar wang sekurang-kurangnya RM90 juta kepada Kerajaan Negeri. Di manakah wang tersebut itu sekarang?


Satu perkara lagi yang cukup meragukan kenapa tanah yang ditafsirkan bernilai RM318.29 juta itu diberi kebenaran untuk dipindah hak milik kepada syarikat swasta itu, sedangkan sepatutnya ia hanya dilakukan selepas keseluruhan projek pembangunan siap dilaksanakan.

Nilai RM318.29 juta jauh lebih besar dari isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta untuk projek ternak lembu skala besar.

Jika isu NFC begitu kecoh dipersoalkan sedangkan syarikat tersebut tetap wajib membayar pinjaman mengikut jadual, kenapa pula dalam skandal Lembah Sireh yang melebihi angka RM300 juta melibatkan pemindahan hakmilik tanah tanpa mengikut prosedur mahu dibiarkan saja?

Apabila keseluruhan projek Lembah Sireh ini diakui kurang berjaya atau dengan kata mudah telah gagal berjalan mengikut jadual, manakala hakmilik tanah sudah tergadai, maka jelaslah memang wujud unsur penyelewengan ataupun berlaku salahguna kuasa yang serius.

Jika segala jawatankuasa kerja teknikal benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka memantau projek ini sepertimana yang didakwa oleh pemimpin Kerajaan PAS Kelantan, maka sewajarnya tidak akan timbul isu tanah bertukar milik tanpa prosedur dan syarikat swasta itu pula akan patuh membina kesemua komponen yang wajib dibina oleh mereka.

Seseorang mesti mengambil tanggungjawab diatas kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau perjalanan projek Lembah Sireh ini.

Tanah hak milik negeri yang merupakan amanah rakyat kepada Kerajaan PAS Kelantan sudah bertukar milik manakala para petani yang dulu bercucuk tanam mencari rezeki di tebing Sungai Kelantan sudah dihambat keluar.

Serban dan jubah yang sering dipakai oleh pemimpin PAS Kelantan bukannya jawapan konkrit untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku. Kini masanya rakyat menuntut pihak berkuasa segera mengambil tindakan dan mengheret si penyangak ke muka pengadilan.

Soalnya sejauh mana ketelusan dan keikhlasan yang selalu dimomokkan oleh pimpinan PAS di Kelantan ? Isu PLS merupakan satu projek yang sebenarnya bermasalah dan ini diakui sendiri oleh portal Pakatan Haprak dengan menyebut :
SEJAK Laporan Audit 2011 dikeluarkan minggu sudah, penulis perasan kerajaan PAS Kelantan menjadi sasaran hebat media dan para blogger UMNO lanjutan dari projek Lembah Sireh yang dilabel bermasalah oleh Ketua Audit Negara.

Penulis sendiri telah meneliti laporan Audit berkenaan dengan soal tersebut, selain meneliti beberapa kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS negeri sejak 2010, dengan berat hati bersetuju bahawa projek yang keseluruhannya bernilai RM 2 billion itu, memang bermasalah.Baca Sini
Jelas lagi nyata jadi sama-sama kita nantikan apa yang bakal berlaku seterusnya.

MMI.

1 comment:

Labels