Followers

Monday, 19 November 2012

Beza Antara Pemimpin , Orang Alim & Ulama Dalam PR & BN !!


Surah Al Araf ayat 55 menyebut :

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas. 

Sudah cukup untuk menggambarkan bahawa tindakan juak-juak PAS yang membaca doa menghancurkan sesama Islam setelah selesai solat hajat di Kota Bharu baru-baru ini amatlah mendukacitakan.

MMI bukannya mahu mengulangi kenyataan mahupun pandangan terhadap apa yang berlaku kerana entri-entri tersebut anda boleh baca dalam entri sebelum ini.Namun apa yang terlintas difikiran MMI adalah sememangnya wujud perbezaan diantara orang alim dan ulama daripada UMNO@Barisan Nasional dan PAS@Pakatan Haprak yang selama ini mungkin tidak disedari oleh kebanyakkan dari kita.

Cuba kita renung dan lihat kembali apa yang berlaku dalam doa tersebut jelas sekali ianya agak aneh apabila laungan dan jeritan yang menjurus kepada kepentingan politik amat jelas dilakukan oleh si imam dan ianya diaminkan pula oleh makmum yang terdiri daripada juak-juak PAS sendiri.

Berikut adalah transkrip doa yang dibacakan oleh imam tersebut.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Malah jika dikira jawapan daripada Minaq Jinggo sendiri seorang jurugambar bebas yang turut berada lokasi kejadian amat jelas sekali ianya merupakan sesuatu yang dikira amat bertentangan dengan apa yang pernah dan diamalkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia ini.

"Inilah kali pertama dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya. 

Apakah imam dan para mukmin yang mengaminkan doa tersebut tidak sedar bahawa perlakuan mereka itu seolah-olah meletakkan perasaan dendam dan kebencian selari dengan niat untuk memohon kepada Allah swt bagi menghancurkan mereka yang juga umat beragama Islam ?

Apa pun kejadian doa diselang selikan dengan jeritan itu sudah pun di catat sebagai peristiwa dan sejarah yang telah berlaku dalam negara Malaysia.Tidak ada siapa pun yang mampu mengubahnya kini.

Namun ada sesuatu yang harus kita semua ketahui , walaupun doa yang dijeritkan itu diarahkan kepada mereka-mereka yang bersama UMNO dan BN tetapi tindakan dan sikap mereka yang mahu dijahamkan oleh juak-juak PAS ternyata jauh sekali bezanya.

Lihat apa ulasan ulama muda UMNO Ustaz Fathul Bari dan YAB Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia berkenaan isu ini.



Tak perlu MMI ulas panjang sangatlah , rasanya anda semua pasti tahu menilai dan membezakan mana satu kaca dan mana satu permata.

Cuma yang pasti memang ada beza diantara keduanya...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels