Followers

Thursday 22 November 2012

Hafiz Nordin Kembali Sertai PAS ?!!


Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hafiz Nordin, menggesa  ahli akar umbi parti tersebut agar  membaca dan meneliti perjanjian dan pendirian Pakatan Pembangkang yang diterjemahkan melalui buku jingga, di mana  perlaksanaan negara Islam dan hudud tidak  termasuk di dalam agenda gabungan parti tersebut sekiranya berjaya menguasai pentadbiran negara.

Beliau yakin, ramai ahli di kalangan akar umbi Pas yang tidak membaca buku tersebut dan terus terbuai dengan cerita-cerita hudud dan negara Islam yang didendangkan oleh kepimpinan Pas, sedangkan hakikatnya hudud mahupun negara Islam  tidak termasuk di dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

“Kepimpinan Pas sendiri telah menandatangi perjanjian tersebut. Ini bukan cerita dongeng, tetapi realiti yang sepatutnya diambil berat oleh ahli akar umbi yang mahukan perlaksanaan hudud dan juga negara Islam, seperti mana yang menjadi matlamat dan dasar perjuangan asal Pas.

“Bagi saya, sikap retorik politik yang ada pada kepimpinan Pas yang terus menjual isu hudud dan negara Islam pada ahli akar umbi sepatutnya tidak wujud di dalam sebuah parti pergerakan Islam. Untuk makluman ahli-ahli Pas, selagi mana kepimpinan Pas berpegang pada buku jingga, ini bermakna tidak akan ada hudud, tidak akan wujud negara Islam, biarpun Pakatan menang dalam PRU yang akan datang ini,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Beliau juga tidak menafikan bahawa perjuangan Pas hari ini sudah tersasar dan jauh terpesong dari matlamat dan dasar asal perjuangan parti tersebut dan tidak lagi berani bersuara tentang isu-isu sensitif yang melibatkan umat Islam seperti murtad, penganiayaan terhadap umat Islam dan sebagainya.

“Dalam muktamar baru-baru ini, ada suara-suara yang mengatakan Pas hari ini masih lagi sama seperti dulu. Saya nak tanya kepada individu yang kata perjuangan Pas masih lagi sama seperti dulu, bila tarikh dia menyertai Pas? Kalau matlamat perjuangan Pas sama seperti dulu, saya tidak akan bertindak keluar dari Pas.

“Hari ini Pas menyokong isu-isu sensitif seperti baru-baru ini kenyataan yang keluar dari Naib Presiden PKR, yang meminta agar umat Islam juga diberikan hak kebebasan memilih agama. Bahkan. hari ini, Pas juga dilihat tidak lagi mementingkan kepimpinan ulama, malah ada kepimpinan Pas yang berpendapat bahawa golongan ulama di dalam Pas hanya perlu duduk diam di dalam majlis syura sahaja.

“Ini amat berbeza dengan Pas dulu yang mahukan kepimpinan ulama yang bermaksud, ulama itu sebagai pemimpin parti. Tetapi hari ini maksud kepimpinan ulama diterjemahkan pula sebagai pemimpin yang mengikut ulama seperti mana yang ditegaskan oleh salah seorang pemimpin Pas baru-baru ini. Ini bukannya dasar dan matlamat perjuangan Pas yang asal,” tegasnya.

Jelasnya lagi, matlamat dan hala tuju Pas sebenarnya sudah lari dari perjuangan asal ketika di penghujung tahun 90-an.

“Lebih tepat lagi, apabila Anwar dan golongan Anwarinas mula masuk menyerap di dalam Pas dan memegang jawatan-jawatan tinggi di dalam parti. Golongan Anwarinas inilah yang cuba mengubah corak dasar dan matlamat asal sehingga Pas hari ini dilihat begitu lemah dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam seperti murtad dan sebagainya. Bahkan fahaman pluralisme dan liberalisme pula dilihat semakin kuat menyerap di kalangan pemikiran ahli dan kepimpinan Pas.

“Bagi saya, siapa yang berkata bahawa perjuangan Pas masih lagi seperti dulu, mereka itu mungkin ahli  baru menyertai Pas selepas tahun 90-an. Jika ahli-ahli yang sudah bersama Pas sejak dari kepimpinan Allahyarham Yusuf Rawa lagi, mereka akan sedar dan nampak bahawa perjuangan Pas hari ini sememangnya sudah lari dari perjuangan asal,” ujarnya.

Apakah juak-juak PAS akan sedar dari lamunan ? Kenyataan bahawa PAS kini sudah lari dari perjuangan dan matlamatnya telah lama berkumandang bahkan ianya turut diungkapkan oleh mereka-mereka yang masih dalam PAS mahupun telah meninggalkan PAS kerana kegagalan pemimpin PAS itu sendiri.

Persoalannya sejauh mana juak-juak PAS mampu menterjemahkan kenyataan-kenyataan ini dalam menilai semula perjuangan mereka bersama PAS atau pun mereka akan terus mengambil sikap menghentam dan mencaci pula kepada mereka-mereka ini yang pernah berjuang bersama PAS satu ketika dulu ?

Sesatnya PAS sehinggakan parti tersebut mampu membuatkan juak-juaknya buta hati...Ustaz Hafiz Nordin nak kembali masuk PAS ke ? Rasanya tak kot !!

MMI.

4 comments:

  1. mohon link http://bicarakelantan.blogspot.com/ tq!

    ReplyDelete
  2. sebenarnya puak pas tidak dapat menerima bahawa doa mereka telah dan tidak mungkin akan dimakbulkan ... sebenarnya telah banyak petunjuk yang Allah berikan semasa mereka memohon kepada Allah agar mereka diberi petunjuk. Namun mereka gagal memahaminya ... kerana mereka mendoakan kemusnahan tetapi kemusnahan yang mereka pinta itu tidak berlaku, sebaliknya Allah telah berikan mereka banyak petunjuk tetapi mereka tidak mahu berfikir. Kerana fikiran mereka kini dipenuhi hasad dengki dan hawa nafsu. Allah telah berikan petunjuk kepada mereka tentang kejahatan nwar berahi, azming aling, ustad bad rule aaaacum, nurul izzah ... ali-alih mereka abdikan nama izzah (pembela) ulamak dalam muktamar ... mereka enggan menerimannya kerana mereka tidak percaya kerana doa mereka agar musuh mereka musnah tidak berlaku. dap amat garang menentang usaha mereka mahu menegakan undang-undang hudud tetapi mereka menunjukan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada pimpinan dap ... mereka bawa pimpinan untuk memberi tazkirah agama kepada penganut agama mereka ... lim kau sial yang menentang hukum hudud itu bahkan mereka gelar sebagai kalifah omar ... kapal sing yang tegar menentang hukum hudud yang mereka perjuangkan mereka mempertahankannya dengan darah ... kata mereka sesiapa yang mahu memberi kemudaran kepada kapal sing ... langkah mayat mereka dahulu ... ah din ... banyak ... kalu aku nak tulis ... tak larat rasanya ... tetapi itulah pas ... mereka sentiasa bersangka baik kepada diri mereka dan sahabat mereka dan amat membenci musuh politik mereka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro..Aku suka ayat Lim Kau Sial tu hahahaha

      Delete
  3. Semua diatas yg Komen mmg sengal. Hafiz ni patut join Hasang Ali. Udah lah klu dah gila mmg tak payah layan mmg lu orang dlm blog ni pun orang gila.

    ReplyDelete

Labels