Followers

Friday, 23 November 2012

Kalau Dah Dasar Kencing Malam Mesti Kencing Punyalah !!


Memang dah agak...bising saja lebih salahkan SPR kononnya tidak telus, sokong kerajaan BN dan macam-macam dakwaan lagi termasuk tuduh SPR daftar pengundi bawah umur tetapi bila dipanggil berdepan, tak ramai yang datang.

Jika pada pertemuan ahli parlimen dengan SPR April lalu hanya lima orang ahli parlimen pembangkang hadir, dalam pertemuan pada Isnin, jumlahnya bertambah sedikit tetapi hanya belasan orang.

Malah Ketua Pembangkang Datuk Seri Abwar Ibrahim yang dimaklumkan pegawainya kepada SPR akan hadir, juga tidak muncul-muncul begitu juga dengan ahli parlimen Machang, Datuk Saifuddin Naustion Ismail.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang juga dikatakan tidak hadir.

Antara hadir adalah Datuk Mahfuz Omar, Nurul Izzah Anwar, Zuraida Kamaruddin, Fuziah Salleh, Dr Hatta Ramli, Siti Mariah Mahmud dan
Anthony Loke.

Pertemuan itu dicadangkan Datuk Seri Nazri Aziz awal bulan lalu apabila ketika Ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Rakyat, Anwar dan Fuziah masih menimbulkan soal lokaliti - isu ramai pemilih di satu alamat dan senarai daftar tidak dibersihkan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi Agendadaily memaklumkan, pihaknya memberikan jawapan 11 soalan yang tidak dijawab Nazri pada perbahasan tersebut.

SPR juga katanya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan Harakah dan Suara Keadilan.

Pada pertemuan itu, Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa SPR tidak pernah mendaftarkan pengundi bawah 21 tahun seperti didakwa pembangkang kononnya berjumlah hampir 300 ribu orang.

“Bagaimanapun, berlaku kesilapan teknikal apabila SPR melakukan pemindahan daripada manual ke sistem komputer. Ini menyebabkan rekod pemilih mempunyai tarikh pohon yang janggal,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, walaupun terdapat kejanggalan, semua pemilih itu sudah melalui proses semakan kelayakkan sebagai pemilih melalui pameran, tuntutan dan bantahan berdasarkan udang-undang.

Mengenai undi pos bagi warganegara yang berada di luar negara, undang-undang mengenainya akan dicadang untuk dibentang pada sesi parlimen sekarang supaya dapat dilaksanakan pada PRU ke 13 nanti.

Macam yang MMI sebut di awal-awal tadi kalau dah dasar kaki kencing tu mesti kencing punyalah ! Semua orang dapat melihat sebelum ini bagaimana pihak Pakatan Haprak sering kali menjadikan SPR dan daftar pemilih sebagai bahan untuk mereka menyerang kerajaan.

MMI tak nafi terdapat kelemahan dalam SPR tetapi ianya sentiasa di perbaiki dari masa ke semasa malah hanya mereka yang tidak mahu mengambil tahu saja akan termakan dengan dakyah daripada Pakatan Haprak.

Dalam soal ini mengapa agaknya pimpinan utama dan pimpinan-pimpinan lain parti pembangkang tidak hadir dalam sesi perjumpaan bersama SPR ? Bukankah mereka yang menjerit dan melalak serata negara menuduh SPR dan kerajaan tidak telus ? 

Jawapannya mudah SPR sebenarnya sentiasa telus dalam menjalankan kerja dan proses pilihan rayanya.Pembangkang adalah badan yang sentiasa berusaha menyerang institusi-institusi seperti SPR bagi merogol pemikiran rakyat agar melihat agensi kerajaan ini tidak berwibawa seterusnya mahu mewujudkan rasa ketidakpercayaan masyarakat terhadap badan yang bakal mengadili undi mereka pada pilihan raya.

Ampa semua kena tau ini adalah strategi jahat bukannya perjuangan untuk kebaikan rakyat.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels