Followers

Thursday 1 November 2012

Kalaulah Semua Wanita Macam Minah Ni ???


Pelakon Milea Aimilia mengakui tertarik dengan lelaki tua dan tidak menjadi halangan baginya jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan individu berusia 10 atau 20 tahun lebih tua daripadanya.

Milea atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata, dia juga tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang sudah berumah tangga dan bersedia untuk hidup berpoligami.

"Entah kenapa saya memang cukup tertarik dengan lelaki yang lebih berusia. Bagi saya mereka sangat maskulin, seksi dan matang. Antara contoh terdekat ialah tokoh politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Malah saya sedia hidup bermadu seandainya takdir ditulis begitu. Mungkin ramai yang berasa pelik dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, daripada lelaki itu curang di belakang, lebih baik saya hidup berpoligami.

"Lagipun seronok rasanya hidup bermadu dan tinggal sebumbung. Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah," katanya.


Khairy memang segak beb !! ( aa jangan silap faham MMI bukan kaum LGBT aa.. ) jadi tak hairanlah banyak pihak khususnya para wanita di luar sana yang TERPECONA dengan beliau.

Pernah dalam satu majlis bersama KJ , beliau menceritakan bagaimana kadang-kadang masa  bersama keluarga contohnya tengah "shopping" ada mereka-mereka di luar sana yang akan minta untuk bergambar dengan beliau.Sebagai "politician" aka selebriti perkara tersebut adalah biasa bagi beliau dan keluarga.

Jadi tak ada apa sangatlah kalau si Milea tu nak syok dengan KJ ye tak ???

Tapi kalau dengan Anwar , MMI tak berani nak komen lah !!

Apa pun betul tak MMI kata ?? kalaulah semua wanita macam minah ni alamatnya ramai bloggers akan tidur awal hehe..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels