Followers

Monday 19 November 2012

Kesan Doa PAS Sudah Mula Terasa !!!


Baru saja beberapa hari semenjak PAS bersama seluruh juak-juaknya menunaikan solat hajat dan berdoa supaya rakan seagama dan sebangsa dengan mereka di jahanamkan dalam pilihan raya nanti , Kini barangkali kesan daripada doa mereka itu sudah mula dirasai di negeri Kelantan sendiri.

Sekumpulan 50 penyokong PAS di Kampung Pak Mali, Bakong di sini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Umno. 

Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang daripada kumpulan terbabit diketuai Syed Zain Syed Hassan, 48, dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung. 

“Ini bermakna Umno berjaya menembusi kubu kuat PAS yang sukar dimasuki sejak 20 tahun lepas,” kata Awang Adek kepada pemberita selepas menerima borang-borang itu pada majlis bongkar isu semasa di kampung berkenaan. 

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tindakan mereka akan membantu Umno dalam usaha menawan Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang pada pilihan raya umum akan datang. 

Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata kegagalan PAS membangunkan Kelantan mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 20 tahun lepas. 

Katanya, usaha akan dibuat untuk menarik kira-kira 60 lagi penyokong dan anggota PAS di kawasan itu untuk menyertai Umno.

Mungkin akan ada pihak-pihak diluar sana yang akan membuat tuduhan yang bukan-bukan itu perkara biasalah dah memang dasar puak-puak Pakatan Haprak tapi yang lebih penting tindakan keluar dari PAS dan menyertai UMNO adalah satu tamparan kepada pimpinan PAS.

Seperkara yang harus diperbincangkan oleh pimpinan PAS hari ini adakah tindakan berdoa untuk menjahamkan sesama Islam itu adalah langkah yang baik ?????

MMI.

1 comment:

  1. tanda-tanda kejatuhan PAS di semua peringkat

    ReplyDelete

Labels