Followers

Wednesday, 20 May 2015

PAS P.Pinang BANGKIT Balun Guan Eng Sebab Jual Tanah Batu Kawan ??


Ketika orang-orang Melayu sedang bergasak sesama sendiri dalam urusan pelaburan yang menguntungkan bangsa sendiri, Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam diam-diam telah berjaya menjual tanah jajahan DAP di Pulau Pinang kepada pelabur asing. Ketua Menteri , Lim Guan Eng yang mewakili Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual tanah Batu Kawan seluas 20 ekar dengan harga RM30 juta!


Kenapa macai-macai PAS dan penyokong-penyokong Mantan Perdana Menteri tidak mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) untuk mengadakan siasatan rapi ke atas urusan penjualan tanah negeri ini? Kenapa syarikat Melayu hendak membeli tanah negara, macai-macai menyalak dan apabila DAP menjual tanah negara, macai-macai ini membisu seribu bahasa? 

Kenapa tidak membuat demonstrasi meminta Ketua Menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan? Sebenarnya syarikat pelabur Singapura ini hendak membeli tanah atau hendak melabur? Kenapa tidak menggunakan kaedah Penang Development Corporation (PDC) sebelum ini di mana Kerajaan menyediakan tanah sebagai pajakan dan bukannya terus menjual kepada syarikat?

Apabila syarikat milik penuh Melayu Islam, Lembaga Tabung Haji membuat urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang akan memberikan keuntungan beribu juta ringgit apabila dibangunkan kelak, maka juak-juak PAS termasuk penyokong-penyokong Mantan Perdana Menteri menyalak memprotes keputusan syarikat berkenaan. Ini telah mengakibatkan Lembaga Tabung Haji terpaksa menjual semula hartanah tersebut dan terpaksa berpuas hati dengan keuntungan yang minima kerana hasad dengki daripada bangsa sendiri.sumber 

Kini tanah di Batu Kawan sudah pun di jual dengan nilai RM30 juta ! 

Persoalannya kenapa banyak dari kalangan puak-puak PAS dan PKR diam ? Oh lupa sebab yang jual tu Guan Eng , mana ada puak ni berani angkat muka dengan dia kan ?

Agak-agak ampa betoi ka PAS Pulau Pinang bangkit balun Guan Eng ??? Mat Sabu ?? Hahahahahahahaha ....

MMI

3 comments:

  1. Pelaburan yang menguntungkan bangsa sendiri (?) mai kot mana pula pelaburan yang melibatkan dana awam dan hutang keliling pinggang boleh disebut menguntungkan..(?)

    Pertama - ia masih dalam proses melabur dan tidak diektahui bila untungnya, sedangkan hakikatnya balik modal pun belum tahu, rugi adalah risiko, bangkrupsi boleh terjadi

    Lebih teruk pelaburan tersebut dibuat tanpa pengetahuan Majlis Tertinggi, tanpa pengehuan Timbalan,tanpa pengetahuan kabinet dan tanpa pengetahuan parlimen dan terdedah bila dah kena bogel.

    Bukan sahaja pinjaman, dana awam juga digunakan...tanyalah mana-mana korporat..ada otak ke tidak pelaburan macam tu.
    Hanya hartawan mata kayu saja yang sanggup melabur skim cepat kaya.

    Lebih teruk, pemain utama mati akal, terkelu untuk menjawab.
    berbulan di ambil masa untuk menjawab..
    Dalam bisnes, satu saat sangat penting untuk membuat keputusan dan memberi jawapan.

    ReplyDelete
  2. Hang tulis ni lepas minum ayaq ketum ka ?

    ReplyDelete
  3. Dah banyak dengar cerita PPinang jual tanah sana sini berjuta2 rm. Perkara ini patut disiasat juga. Ada kah duit jualan masuk ke akaun kerajaan negeri dan digunakan untuk apa? TDM perlu bangkitkan perkara ini kerana menjual aset awam.

    ReplyDelete

Labels