Followers

Monday 19 November 2012

PAS Mula Intai Sheila Amzah ?? Ada Kualiti...Terbaik !!


Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM19) tahun ini menyaksikan kemenangan besar dari kalangan barisan artis terkenal dibolosi penyanyi seperti Shila Amzah, Jaclyn Victor, Nora, Forteen dan ramai lagi.

Malam Anugerah Berprestij yang dihoskan oleh Pengacara No. 1 Malaysia Aznil Haji Nawawi digandingkan bersama Abidah Noor itu turut diserikan dengan beberapa persembahan lagu seperti Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7, Patah Seribu (Shila Amzah), Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan ramai lagi.

AIM19 turut diserikan dengan jemputan penyanyi berkumpulan yang diterbangkan khas dari Indonesia iaitu Kumpulan Nirwana yang mempersembahkan lagu popularnya berjudul 'Sudah Cukup Sudah.

MMI sendiri pun tak sempat nak tengok cumanya tertarik dengan keputusannya apabila menobatkan lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah sebagai LAGU TERBAIK.

Bagi MMI , kemenangan ini membuktikan bahawa sebagai artis bertudung sekalipun sekiranya kita mempunyai bakat pastinya bakat itu akan menzahirkan kejayaan.Malah rasanya kepuasan itu akan lebih dirasai kerana sememangnya kualiti dan bakatlah yang menjadi tumpuan kepada barisan pengadil.

Bukan macam sesetengah artis lain yang sanggup mendedahkan tubuh badan sendiri demi mengejar kejayaan.Paling teruk apabila mendedahkan anak suara yang serupa celaka menghina orang lain sedangkan diri sendiri pun belum tentu hujung pangkalnya.

MMI bukan anti sosial tetapi lebih suka setiap kejayaan itu datangnya dari usaha dan kualiti diri sendiri selain dari menjaga kesopanan sebagai orang Melayu dan Islam.

Saksikan bakat dan kualiti yang ada pada Shila Amzah..


Tahniah Shila Amzah..Cantik walaupun bertudung !!

Psstt tahniah juga pada kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib ada kualiti bukan macam PAS dan puak Pakatan Haprak tu kualiti tak ada sampai sanggup lacurkan perjuangan sendiri.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels