Followers

Sunday 18 November 2012

Kesiannya...KJ pun Gelak !!


Agaknya apa yang menyebabkan KJ tergelak besar kali ini ? Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni sebenarnya sudah masak dengan percaturan tunggang langgang barisan Pakatan Haprak dalam kancah politik negara.

Malah KJ sebenarnya merupakan antara barisan pimpinan muda yang ada dalam UMNO dan Barisan Nasional yang sering menjadi igauan ngeri kepada pemimpin Pakatan Haprak.Malah MMI berani katakan Anwar si Ketua Pembangkang pun kecut perut bila berdepan dengan beliau apatah lagi Anwar sering kali bertindak keluar dewan apabila berhujah dengan KJ.

Sebab itulah untuk makluman ampa semua juak-juak pembangkang cukup tak suka kepada KJ ni sebab mereka tahu KJ merupakan halangan kepada segala pembohongan politik mereka.

Untuk memudahkan pergerakan politikk jijik Pakatan Haprak maka KJ harus diserang sama ada dari sudut politik mahupun peribadi.Namun ada sesuatu yang harus juak Pakatan Haprak tahu KJ bukanlah sembarangan orang dan beliau jauh sekali berbeza dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat apatah lagi nak dibandingkan dengan Sam Ketot Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Malah pimpinan utama parti dalam Pakatan Haprak pun berfikir dua kali untuk berdepan dengan KJ.Dalam kenyataan terbaru berkenaan Pas , Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Pas yang semakin gila kuasa sehingga sanggup mengenepikan isu yang lebih besar ditimbulkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuktikan parti itu sudah terdesak.

Khairy berkata, Pas semakin gila kuasa apabila sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi memenuhi tuntutan nafsu untuk berkuasa.

"Ia lebih mengelirukan apabila kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa agenda ke Putrajaya lebih penting daripada membahaskan isu mengenai kebebasan beragama.

“Saya rasa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib perlu kaji semula kenyataan beliau. Jangan sampai ulama gila kuasa dan menghalalkan apa sahaja demi merampas kuasa,” katanya.

Menurutnya, kenyataan itu boleh menimbul kekeliruan dan menggalak fanatisme, ekstrimisme dan keganasan dalam politik.

Sebelum ini, Harun dalam Muktamar PAS ke 58 berkata, Dewan Ulama lebih tertarik untuk membincangkan usaha menggulingkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini berbanding isu soal kebebasan agama yang dicetuskan oleh Nurul Izzah Anwar.

Bagi MMI , juak-juak PAS sepatutnya malu dengan tindakan pemimpin mereka yang menjadikan pentas muktamar kali ini sebagai medan untuk memuaskan hati dan nafsu masing-masing untuk berkuasa.

Syabas kepada segelintir perwakilan PAS yang berani menyatakan pendirian berkenaan dasar perjuangan parti yang semakin hilang arah namun perlu diingat sejauh mana pandangan dan lontaran kelian akan diguna pakai oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat kerana mereka dilihat sudah terlalu taksub dengan perjuangan mereka sendiri hingga mengabaikan tanggungjawab serta amanah yang diberikan kepada mereka semata-mata kerana mengejar kuasa dan nafsu.

Kesian.....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels