Followers

Sunday, 18 November 2012

Siapa Agaknya Yang Bakal Di Pilih Pakatan Haprak Jika Menjadi Kerajaan ???


Dah heboh seluruh negara perihal puak-puak Pakatan Haprak yang dilihat sudah berkira-kira siapa gerangannya yang bakal menerajui negara sekiranya Pakatan Haprak menang pilihan raya ke13 nanti.Hehe MMI nak tergelak pun ada , bukan apa dalam perjuangan pun berserabut dah bincang pula soal siapa nak jadi Perdana Menteri.

Memang lawak lah puak-puak ni , Ingat tak satu ketika dulu bila mana cabaran dilontarkan kepada barisan Pakatan Haprak untuk namakan barisan menteri kabinet mereka sekiranya menjadi kerajaan sampai ke sudah tak berani dedah.

Sebab apa ? Sebab merapu ! Dasar dan perjuangan langsung tak sama yang sama hanyalah lakonan "stereotaip" pimpinan Pakatan Haprak apabila berada di pentas-pentas ceramah mahupun ketika berdepan wartawan.

Hahaha memang terbaiklah puak-puak Pakatan Haprak ni.Orang lain boleh lah ampa nak perbodoh tapi rakyat tau bro !! 

Nak tengok permainan bodoh puak-puak ni jom baca kat bawah..
Walaupun, DAP sudah banyak kali isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU 13, namun Ketua Pembangkang itu nampaknya tidak boleh duduk goyang kaki atau senyum sampai telinga sekarang.
Ini kerana ketika beliau mungkin sedang berkhayal akan jadi Perdana Menteri atas sokongan DAP dan PKR yang diketuainya, PAS yang turut jadi sekutu tetap memikirkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjawat jawatan itu.
Macam DAP juga yang berkali-kali mahu Anwar jadi Perdana Menteri termasuk dikatakan Lim Kit Siang malam semalam, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu juga bukan sekali dua membuat kenyataan sama mahukan Haji Hadi pimpin negara.
Terbaru, dalam muktamar sama pagi Sabtu, Dewan Ulama PAS mengulangi bahawa ahli parlimen Marang itu paling terbaik untuk sandang jawatan Perdana Menteri.
Perkara itu dibangkitkan perwakilan Dewan Ulama, Hairun  Nizam  ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS itu.
Kenyataan itu tentu satu tamparan kepada Anwar juga DAP selepas Kit Siang mengulangi mahu Anwar jadi Perdana Menteri dalam ucapannya di Himpunan Kebangkitan Rakyat, malam semalam.
Pasti ramai pemimpin PAS termasuk Hairun ‘angin’ kerana Kit Siang buat kenyataan ketika dijemput ke himpunan tersebut yang hampir majoriti dihadiri penyokong dan ahli-ahli PAS.
Sudah tentu satu penghinaan kepada PAS apabila Penasihat DAP itu yang masuk ke rumah tetapi menghina atau memperkecilkan tuan rumah.
Apatah lagi,  awal Januari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan PAS yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan menang pilihan raya akan datang.Baca Seterusnya 
Kan MMI dah kata puak-puak ni merapu ! Cuba tengok macam mana Kit Siang yang turut hadir dalam muktamar PAS kemudiannya boleh pula menyatakan pendiriannya untuk lebih memilih Anwar sebagai Perdana Menteri sedangkan juak-juak PAS yang lainnya dalam muktamar yang sama berbuih mulut mencanang kepada seluruh juak perwakilan PAS untuk memilih Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri.

Hihi juak-juak PAS jangan marah sangatlah sebab bukan sekali puak DAPigs ni menghina PAS dah banyak kali dah ! Cumanya selama ni juak-juak PAS tu tak nampak atau buat-buat tak nampak.Buktinya tengok saja macam mana malunya Ketua Dewan Pemuda PAS apabila Karpal Singh dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya kenyataan beliau dalam satu debat berkenaan hukum HUDUD.HAMPEH !!

Tapi sejarah telah pun membuktikan siapa saja pimpinan PAS mereka pasti akan tunduk kepada Si Anwar itu jelas.Kerana itu tidak mustahillah sekiranya Hadi Awang menjadi Perdana Menteri pun beliau pastinya akan menjadi boneka kepada si Anwar kerana Anwar tahu kelemahan pimpinan PAS.Sebab itulah selama ini PAS sanggup malah rela dijadikan pencacai oleh Anwar dan Rejim DAPigs.

Dalam keadaan ini pun Anwar juga tidaklah seselamat mana , Anwar hari ini hanya mempunyai sedikit kelebihan iaitu nama ANWAR dalam kancah politik negara.Selain dari itu Anwar tidak punya apa-apa.MMI yakin dan pasti sekiranya Anwar pula yang dipilih untuk menerajui negara sudah tentu tengkuk beliau akan dipasang rantai yang perlu sentiasa taat kepada tuannya iaitu Rejim DAPigs.

Sejarah juga telah membuktikan bagaimana PKR sendiri sebenarnya akur dan takut dengan DAPigs yang kini umpama api dalam sekam.DAPigs cukup bijak mempergunakan segala ruang dan peluang yang ada dan akan kembali menunjukkan belang mereka apabila sesuatu perkara itu menyentuh dasar perjuangan parti mereka.

Inilah kelebihan DAPigs dalam Pakatan Haprak kerana Anwar pastinya akan akur dengan segala desakan daripada Karpal Singh,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan lain-lainnya.Maka oleh kerana itu sudah pasti sekiranya Anwar ditabalkan menjadi Perdana Menteri yang kini disokong DAPigs tidak mustahil beliau hanya akan menjadi seorang pemimpin boneka yang dikuasai sepenuhnya oleh Rejim DApigs.


Sekiranya itu berlaku pemimpin dan juak-juak PAS usah lagi bertempik kerana tempikan PAS pastinya hanya sekadar lalakan anjing bisu yang tidak bertuan.

Maka sedarlah dalam soal ini DAPigs adalah mereka yang paling hebat dengan segala muslihat dan yakinlah perebutan kerusi utama negara diantara Anwar dan Haji Hadi hanyalah sekadar retorik yang hanya mampu memberikan igauan dan khayalan kepada juak-juak PKR dan PAS kerana realitinya ianya hanyalah sekadar lawak di simpang tiga.

Akhir kalam Pakatan Haprak barangkali lupa bahawa rakyat sudah semakin sedar dan terimalah hakikat pilihan raya ke13 merupakan igauan paling ngeri buat PKR,DAPis dan PAS khususnya kerana disitulah bermulanya kejatuhan diva tidak berbintang Pakatan Haprak.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels