Bila bercakap soal krisis air di Selangor ni dah bermacam-macam cerita yang kita dengar.Sana sini bercakap tapi hanya satu benda yang amat-amat perlu difikirkan oleh mereka-mereka yang bercakap tu NASIB RAKYAT di Selangor sendiri.
Memanglah senang untuk bercakap tapi cuba bayangkan rakyat yang saban hari menempuh kehidupan dengan krisis air menjadi perkara utama yang difikirkan.Jangan main-main isu air adalah keutamaan dan keutamaan ini mampu menyebabkan jiwa dan mental kita berkecamuk.
Kepada juak-juak Pakatan Haprak yang menjadi kerajaan negeri Selangor senang cakaplah sebab pemimpin mereka semuanya mandi guna bath tab lepas tu siap pakai buih lagi pernah mereka rasa macam mana rakyat di bawah rasa ??
Memberi pelbagai alasan dan melambat-lambatkan tindakan merupakan perkara paling bodoh yang seharusnya dilihat oleh rakyat Selangor.Ini kerana isu air adalah keperluan rakyat namun tindakan kerajaan negeri Selangor mempolitikkan isu air ini amar mengecewakan.
Kita semakin hampir dengan sasaran tempoh bermulanya krisis air yang kronik di negeri Selangor iaitu pada tahun 2014. Alasan awal kerajaan PR Selangor ketika isu air berbangkit ialah negeri ini tidak mengalami masalah kekurangan bekalan air. Kerajaan PR Selangor juga cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan pusat telah tidak telus dalam usaha menangani krisis ini melalui projek Langat 2.
Apabila terbukti beberapa empangan mencatat jumlah air yang berkurangan secara konsisten seperti yang didedahkan oleh media massa, maka kerajaan PR Selangor menyuarakan penyelesaian dengan cara pembenihan awan yang mana diketahui tidak mampu menjamin penyelesaian secara tepat dan berpanjangan.
Akhir-akhir ini pula, hujan telah turun dengan luarbiasa lebatnya hampir setiap hari di Selangor, namun, ia tidak bermakna yang krisis tersebut telah berakhir dan kerajaan PR Selangor boleh mengeluh lega.
Ini kerana yang menjadi masalah utama bukanlah berkenaan air mentah, tetapi air yang dirawat atau dalam kata lain, masalah ketidakmampuan loji rawatan yang sedia ada untuk menampung pertambahan permintaan yang mendadak setiap tahun. Loji tersebut juga telah uzur dan memerlukan penyelenggaraan dan pemulihan secara besar-besaran untuk memastikan air yang dibekalkan kepada rakyat cukup dan selamat untuk digunakan.
Apabila fakta ini akhirnya berjaya menembusi ‘kepala otak’ kerajaan PR Selangor, maka Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mula bercakap tentang perbincangan yang telah dilakukan dengan pakar-pakar bekalan air dari luar negara berkenaan pembinaan loji rawatan air.
Jelas, kerajaan PR Selangor telah dengan sengaja melambat-lambatkan perlaksanaan penyelesaian yang telah dicapai berdasarkan kajian selama 9 tahun oleh kerajaan pusat kerana ingin ‘membawa masuk’ pihak yang ‘dipilih’ oleh mereka. Sekali gus membangkitkan soal ketelusan mereka pula.
Bertitik tolak dari itu, Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor telah menegaskan bahawa Selangor tetap menolak projek Langat 2 dan akan menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan kapasiti air terawat di negeri ini.
Debat mengenai penyelesaian krisis air Selangor berterusan sehingga ke hari ini sementara rakyat tertanya-tanya akan kesudahan nasib mereka.
Menurut Khalid Ibrahim, kos teknologi membran hanya menelan belanja RM800 juta berbanding Langat 2 RM3,000 juta.
Di pihak BN pula, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berhujah bahawa teknologi membran ialah teknologi moden untuk merawat air tetapi tidak dibuktikan boleh meningkatkan kapasiti air dalam skala besar dan dalam jangka panjang. Selain itu, kos yang diperlukan untuk satu loji sahaja adalah sejumlah RM95 juta mengikut nilai semasa tanpa mengambil kira pertambahan loji di kemudian hari yang mana adalah sesuatu yang pasti.
Berhujah secara akademik dan bukan politik, setiap teknologi pasti ada kebaikan dan keburukannya. Begitu juga teknologi membran atau cara tradisional projek Langat 2. Selain itu, jangan sekali-kali mengenepikan hakikat bahawa kerajaan pusat telah membuat kajian yang mendalam dan mengambil jangka masa yang lama untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi krisis ini.
Teknologi membran digunakan di beberapa negara di dunia termasuk Saudi, Kuwait dan Singapura. Kebaikannya ialah, ia mampu menghasilkan bekalan air dalam kualiti yang tinggi dengan sistem yang agak mudah.
Membina sebuah kemudahan penapisan membran juga mungkin tidak begitu mahal namun, beberapa perkara selain kos pembinaan permulaan, wajar diambil kira. Antara yang direkodkan oleh kajian pakar ialah:
Teknologi ini memerlukan tekanan yang kuat yang mana walaupun prosesnya pembinaan lojinya adalah mudah tetapi memastikan tekanan yang tepat dan konsisten adalah satu isu dengan kosnya yang tersendiri pula.
Bahan buangan dari penyulingan kadangkala tercemar dan ini juga menimbulkan satu lagi isu iaitu isu pembuangan sisa tercemar.
Bahagian tekanan tinggi membran berpotensi mengumpul sisa yang menyumbat bahagian penapis. Ini membuatkan membran menjadi tidak efisien, mudah rosak dan akhirnya kehilangan daya menyahkuman.
Walaupun pembinaan kemudahan penyulingan membran tidak begitu mahal tetapi membran itu sendiri adalah mahal serta perlu diganti secara berkala. Lebih buruk ialah apabila tiada cara yang cepat dan praktikal untuk mengenalpasti membran yang rosak mahupun membaikinya membaikinya.
Akibatnya, keseluruhan kos operasi akan menjadi terlalu tinggi dengan berbagai kos yang sukar dijangka.
Selain itu, teknologi ini juga tidak mempunyai opsyen aliran yang berbeza-beza di mana ia hanya boleh digunakan sepenuhnya, atau ditutup terus. Justeru, ia tidak mampu ‘bertoleransi’ dengan keadaan yang tidak dijangka seperti aliran berterusan dalam kadar yang tinggi, cuaca yang tidak menentu dan kerosakan peralatan. Sedangkan ketidaktentuan cuaca, adalah masalah utama di Malaysia hari ini.
Kesemua fakta di atas menjadi faktor penting yang membawa kepada rumusan bahawa teknologi membran adalah sesuai bagi operasi skala kecil, tetapi adalah tidak sesuai untuk operasi berskala besar, apatah lagi luas dan berganda tahun demi tahun seperti pembekalan air di Selangor.
Justeru, sebelum sesiapa menuduh kerajaan pusat tidak telus atau korup, seeloknya terlebih dahulu melihat masalah ini dengan minda yang lebih terbuka tanpa dipengaruhi emosi politik. Lebih dari itu, kesungguhan kerajaan pusat untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat tidak wajar dipertikaikan dan kehidupan kita yang selesa selama ini adalah buktinya.
Apa yang perlu dipersoalkan kini adalah motif sebenar kerajaan PR Selangor untuk terus berdegil menolak Langat 2 dengan berbagai alasan dan jawapan yang tidak relevan pada awalnya sedangkan mereka telah dan sedang merancang projek alternatif sejak dari awal.
Kepada rakyat Selangor jalan terbaik ketika ini adalah menakung air hujan yang kini sedang turun dengan lebatnya sementara kita menunggu Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor selesai mandi air buih dalam bath tabnya..
MMI.
No comments:
Post a Comment