Gambar Hiasan |
Sebut saja manusia pasti tak dapat lari dari membuat kesilapan.Malah kesilapan demi kesilapan yang dilakukan kadang kalanya adalah kerana perlakuan diri sendiri samada lelaki mahupun wanita.
CURANG satu perkataan yang cukup menyesakkan jiwa siapa saja samada pasangan yang masih bercinta ataupun yang sudah berkahwin.Bagi yang telah berkahwin semestinya CURANG bukanlah satu pilihan yang terbaik apa lagi dalam masyarakat kita di Malaysia.
Dunia hari ini menyaksikan bahawa bukan golongan lelaki sahaja yang menjadi ikon kepada perkataan CURANG kerana kini wanita juga turut menyumbang kepada perlakuan tersebut.
Puncanya masih misteri sehingga kini dan mungkin juga kerana manusia itu dijadikan dengan sifatnya yang mempunyai kelemahan maka dengan kelemahan itulah manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki.
Jom kita ikuti cerita mengisahkan perihal CURANG ini..
Nurul : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”
Helmi : “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”
Nurul : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”
Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”
Nurul : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”
Helmi : “oklah.. oklah.. Nurul punya pasal.. apa saja abang sanggup”
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata… “Kenapa kau tak balik lagi Khalid… kejap lagi suami akak balik…!!”
Moral Of The Story Jangan hanya memikirkan tentang diri kita kerana orang lain juga mungkin lebih hebat dan menggunakan kelemahan kita untuk turut melakukannya perkara yang sama.
MMI.
No comments:
Post a Comment