Followers

Wednesday 14 November 2012

Mengapa JIJAH Bersedih ???


Kesian Jijah dah banyak dia berkorban pada Anwar , sekarang natijahnya dia sendiri tidak boleh bertanding mana-mana kerusi parlimen kerana pernah meletakkan jawatan sebelum ini bagi memberikan ruang untuk Anwar bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.

“Saya mahu bebas berkempen di semua tempat,” kata Dr Wan Azizah.

“Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya,” tambah ibu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar itu.

PKR Selangor telah menawarkan empat “kerusi Dun selamat” kepada beliau — Kota Anggerik, Seri Muda, Seri Setia dan Sementa.

Apalah sangat Wan Azizah ni ye tak ? Kehadiran beliau dalam PKR pun sekadar pelengkap saja maklumlah yang lebih diagungkan adalah Anwar Ibrahim.Selama ini semua keputusan adalah Anwar bukannya Wan Azizah jadi tak payah nak sedih-sedih lah.

Kalau Wan Azizah tak ada tempat ataupun orang tak bagi bertanding mana-mana kerusi DUN masuk ja RAJA LAWAK rasanya ada can menang tu..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels