Followers

Monday, 12 November 2012

Mengapa Orang Melayu & Islam Perlu Tinggalkan Pakatan Haprak !!


Persoalan pertama yang harus rakyat jawab , apakah yang Pakatan Haprak perjuangkan ? Apakah perjuangan Pakatan Haprak hari ini dilihat sebagai pilihan terbaik bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO ? 

MMI tidak nafikan kerajaan Barisan Nasional juga mempunyai kelemahan namun apakah ianya wajar kelemahan itu kita gadaikan dengan menggantikannya dengan Pakatan Haprak ?

Tahukah anda sebenarnya umat Islam dan orang Melayu harus meninggalkan perjuangan Pakatan Haprak kerana perjuangan itu tidak lagi relevan dalam konteks negara Malaysia.

Malah jika dilihat Pakatan Haprak hari ini mereka sudah pun mengasingkan setiap parti kepada 3 fungsi berbeza bagi memenangi hati rakyat seterusnya mempertahankan kesilapan sesama sendiri dengan menjadikan modal agama khususnya Islam demi kepentingan politik jijik mereka.

Lihat saja bagaimana DAPigs bergerak sebagai perancang dalam mendapatkan sokongan orang bukan Melayu.PKR pula menjadi jentera utama bagi melancarkan serangan demi serangan terhadap  UMNO dan Barisan Nasional manakala PAS menjadi pemudah cara kepada setiap gerakan mahupun pendekatan yang dilakukan oleh kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Lihat saja perkembangan mutakir ini ,Nurul Izzah tidak perlu risau .Beliau kini boleh tidor nyenyak kerana Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat ' tak kisah' pada kenyataannya tentang kebebasan agama yang menguris hati ramai pihak.

Menteri Besar Kelantan itu mengambil pendekatan yang cukup mudah.Baginya status anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembangkang membuatkan pihak lawan perlu menghalakan senapang kearahnya.

Dalam arina pembangkang siapa saja 'yang nak hidup lama' hanya perlu merasa risau jika Nik Aziz berang.

Nampak gaya segala macam kekusutan boleh jadi suci dan beres dengan sentuhannya.

Jika tidak mana mungkin tidak lama dulu Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong yang berserabut dengan kes pendedahan gambar meletopnya sanggup terbang ke Kota Bharu semata-mata untuk mengadap Tok Guru.

Ada orang bertanya apa perlunya Elizabeth Wong ke sana.

Elizabeth Wong bijak dalam politik.Ini kerana beliau tahu mana swis hendak ditekan untuk redakan kesangsian orang PAS padanya.

Dengan mudah saja segala skandalnya bersekedudukan dengan seorang aktivis PKR bangsa Melayu ' disucikan'.Elizabeth Wong kemudiannya dengan lemah gemalai turun memberi ceramah dengan berbaju kurung dan kain kelumbung di Kelantan.

Ibarat dunia ana yang empunya.Status pembangkang seolah memberi lesen besar.

Tokoh-tokoh pembangkang boleh raya sakan menyambut kenyataan terbaru Nik Aziz Jumaat ketika mengulas isu Nurul Izzah.

“Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang,"itu antara katanya sekalipun rakaman video dan transkrip terpampang Naib Presiden PKR itu sebut apa yang menjadi polimek hangat sekarang.

“Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia,” katanya.

Bab kelabu mata ini sudah menjadi cerita biasa dalam PAS bila ia bersangkut paut dengan kepentingan politik dan kawan.

Siapa yang boleh lupa bagaimana Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang mengeluarkan ' fatwa' video besi tidak boleh dijadikan bukti ketika kehangatan isu video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakar luar negara kata video itu 99.9 peratus tulin dan segala bukti lain termasuk rakaman CCTV di lokasi ada...namun ayat yang memperbodohkan minda semua orang atas muka bumi ini dijadikan sandaran untuk 'mengsucikan' Anwar dari  dakwaan skandal moral yang jijik itu.

Sebaliknya jika orang yang tidak selari dengan selera politik bos besar...yang suci boleh jadi debu.

Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa mungkin boleh buka cerita bagaimana niat baik mereka untuk melihat perpaduan Melayu dan PAS kembali kepada perjuangan asal telah mencetuskan kemarahan yang amat sangat golongan yang berkuasa dalam parti itu.

Kedua mereka terpelanting.Itu nasib jadi pembangkang dalam parti sendiri.

Dalam kontek ini Nurul Izzah perlu berterima kasih kerana ayat-ayatnya yang berdebu di forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November lalu... suci di kaca mata Tok Guru.

Apakah ini sebenarnya yang kita mahukan ?

Orang Melayu dan Islam harus menolak Pakatan Haprak !!!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels