Followers

Tuesday, 13 November 2012

Guan Eng Sedang Bercinta ??


Pasangan ini mungkin sedang di lamun cinta , kata orang percintaan ni kadang-kadang membutakan mata malah hati juga.Namun bagi kebanyakkan rakyat Pulau Pinang pasangan ini bukan lagi buta kerana di lamun cinta tapi buta hati kerana kemaruk kuasa.

Tindakan Betty Chew yang turut hadir ke sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini jelas memperlihatkan sikap bercakap tak serupa bikin oleh Guan Eng dan juak-juaknya.Jika sebelum ini Datin Seri Rosmah sering dikritik oleh juak-juak Pakatan Haprak dalam setiap usaha murni beliau sekarang segalanya tertuding kembali kearah mereka khususnya Guan Eng apabila isterinya di lihat berada di tempat khas dalam dewan.

Apa yang istimewanya Betty sehingga boleh berada di tempat khas tersebut ?

Malah tindakan Betty menyebabkan speaker dewan turut di tempelak oleh ahli-ahli dewan yang lain khususnya daripada Barisan Nasional.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain dianggap bersikap dwistandard kerana tindakan berdiam dirinya apabila isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan dalam dewan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, beliau percaya sekiranya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau pihak lain melanggar peraturan DUN, sudah pasti tindakan tegas akan diambil olehnya.

Menurutnya, sikap Abdul Halim itu seolah-olah menunjukkan tindakan serta keputusannya berpandukan atas arahan orang atau pihak tertentu.

"Dia (Abdul Halim) tidak ubah seperti robot yang pergerakannya dikawal oleh orang lain.

"Adakah ini standard Speaker DUN yang ada di Pulau Pinang sekarang ini?"

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow semalam yang menyifatkan tindakan isteri Guan Eng, Betty Chew duduk di kawasan dikhaskan dalam DUN sebagai 'mencabuli' kemuliaan dewan berkenaan.

Chang Yeow jelas terkejut dengan kejadian tersebut kerana Betty Chew sepatutnya duduk di tempat yang dikhaskan untuk orang awam.

Mengulas lanjut, Musa menambah, sebagai Speaker DUN, Abdul Halim bertanggungjawab memastikan segala peraturan dalam dewan itu dipatuhi setiap orang.

Sehubungan itu, tegasnya, Abdul Halim perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Dia kena jawab supaya rakyat tidak menganggapnya bersikap dwistandard dalam menjalankan tugas, " katanya.

Hebat sungguh depa noo , MMI rasa mungkin sebab nak jimat masa jadi Guan Eng bawa siap-siap lepas sidang DUN dia nak bawa Betty pi set rambut !

Agak-agak la nak bercinta pun !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels