Followers

Tuesday, 20 November 2012

PANAS HARAKAH Melacur !!


Di Muktamar ke 58 Parti PAS kali ini, selain menjadikan persidangan ini sebagai waktu untuk UMNO “bashing” akhbar rasmi PAS ianya juga tidak terlepas dari serangan pihak tertentu di dalam parti sendiri.

Dewan Pemuda PAS melalui Pemuda PAS Wilayahnya telah menyergah akhbar Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS sebagai telah tersasar jauh dari matlamat membantu perjuangan Islam parti itu.

Kritikan atau pun boleh di anggap sebagai luahan tidak puas hati terhadap cara editorial akhbar itu mempamerkan hidangan berita dan infomasi yang jauh dari yang di harapkan oleh ahli bawahan PAS. Salinan Usul mengkritik media rasmi PAS itu telah di sebarkan kepada sebilangan wartawan dari pelbagai agensi berita dan media.

Usul mahukan keseluruhan sidang redikasi dan edtitorial akhbar PAS itu di rombak atas sebab pengkabaran dan hala tuju lidah rasmi itu sudah tersasar jauh dan ternyata tidak langsung mencerminkan perjuangan dan kehendak parti.Ia di tambah lagi dengan dakwaan bahawa akhbar Harakah hanya membuat laporan dan berita untuk menyiarkan agenda pihak tertentu di dalam PAS dan menafikan sebahagian lain aktiviti serta kerja pihak pihak yang bukan sealiran dengan editorial nya.

Lebih dari itu Harakah sudah di anggap menjadi suara pihak liberal dan Anwarinas yang tidak lansung mencerminkan perjuangan Islam PAS. Malah ada kalanya berita dan aktiviti serta hal ehwal Anwar Ibrahim lebih banyak di laporkan dari hal ehwal pemimpin parti itu. Dalam pada itu juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz tidak lepas dari mengambil kesempatan dalam mengkritik Harakah .Antara lainnya lidah rasmi PAS di tuduh sebagai menyemat agenda tersendiri yang di kuasai oleh pihak tertentu dari dalam dan luar PAS.

Seruan agar lidah rasmi PAS untuk tidak menjadi alat kepada mana mana individu berkepentingan di buat di persidangan Dewan Pemuda PAS.Malah jauh dari itu wakil Pemuda Melaka juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap laporan berlebihan Harakah terhadap aktiviti berunsur Syiah di dada akhbarnya.Kekesalannya terhadap perkara ini atas sebab dakwaannya para bloggers pro-BN telah mengambil kesempatan kepada laporan Harakah dengan menuduh parti PAS secara tidak langsung mempromosikan ajaran Syiah dan memperlekehkan perjuangan Islam Suni.

Jika di ambil kira kepada perkara di atas, sebenarnya rakyat di luar PAS telah lebih lama mengesan segala tuduhan dan dakwaan yang di buat oleh Pemuda PAS.Ianya terlalu ketara dan nyata.Malah ada kalanya harakah lebih “Anwar Ibrahim” dari Suara Keadilan.Paling tidak boleh di terima oleh Pemuda PAS ialah bila Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa di serang oleh Harakah. Ianya seolah olah tiada berita lebih penting dan utama selain dari menyerang dan menghentam ahlinya sendiri yang tidak sehaluan dengan pucuk kepimpinan PAS.

Tindak tanduk Harakah yang tidak partisan dan amat berpihak ini seolah olah media rasmi PAS itu sudah di tawan oleh pihak pihak tertentu dari dalam yang sudah di beli oleh pihak “luar”.Pemuda PAS mahukan harakah kembali kepada perjuagan asal dan menumpukan aktiviti ahlinya dan bukan lagi menjadi landasan menyebarkan agenda pemimpin komponennya.

Amat tepat sekali apabila masyarakat majmuk tidak melanggan Harakah kerana berita yang di hidangnya terlalu "predictive" dan "monotonous". Harakah, dakwa Pemuda harus menghidangkan berita dan laporan yang lebih tinggi mutunya dalam menghadapi persaingan untuk mendapat tempat menambat hati rakyat dan pembaca.

Parti PAS harus berterima kasih kepada organ Pemudanya kerana peka dan sedar akan kepincangan media Harakahnya yang kini tidak lagi berwajah PAS , tapi menjadi alat kepada pemimpin tertentu di dalam komponennya.Memang amat jarang mana mana pihak di dalam PAS yang boleh berterus terang dan berjujur di dalam memberi pendapat.

Peluang di tegur dan di sergah ini harus di amati oleh kepimpinan tertinggi PAS dan terutamanya usul pihak Pemuda yang mahu sidang redikasi dan editorialnya di rombak dan di tukar dengan menyeluruh sejajar dengan kedudukan Harakah sebagai lidah rasmi PAS dan bukannya alat untuk pihak tertentu di dalam PAS dan alat kepada agenda pemimpin komponen nya.

Komen MMI

Nampaknya apa yang sering dituding kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian sebenarnya terarah kepada harakah sendiri.Melihat akan apa yang berlaku jelaslah selama ini harakah adalah "medium" yang digunakan oleh juak Pakatan Haprak untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional sahaja dan natijahnya HARAKAH HILANG MARUAH serta INTERGRITI sebagai akhbar yang bermutu.

Bayangkan jika akhbar sendiri pun dilacurkan bagaimana agaknya jika mereka menjadi kerajaan dan berkuasa ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels