Followers

Tuesday, 20 November 2012

Weiii Jangan Lupa Azmin Ali ......!!


PKR menegaskan isu calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya satu strategi pembangkang dan tidak perlu "bergaduh" dalam soal tersebut. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri itu adalah strategi PR dan tidak perlu didedahkan. 

Menurutnya, PR tidak perlu bergaduh mengenai cadangan calon yang dikemukan oleh parti tetapi lebih fokus kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Ini adalah strategi PR siapa yang jadi Perdana Menteri, tapi kita telah sepakat dalam isu ini. "Tak perlulah kita nak bergaduh, ini soal kecil sahaja dan kita tak ada masalah dalam isu ini, lagipun ini bukan isu sangat. "Kalau sudah menang PRU nanti kita boleh bincang, banyak yang kita nak ganti, contoh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan banyak lagi," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, setiap ahli parti PR mempunyai hak untuk mencadangkan sesiapa sahaja untuk memimpin mereka dan PKR hormat dengan suara daripada akar umbi itu.

"Itu suara akar umbi, jadi kita hormat dan ini bermakna rakyat yakin dengan pemerintahan PR," katanya. 

Sementara itu ketika mengulas isu doa Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, Azmin berkata, sesiapa yang melakukan kezaliman perlu ditolak. "Bukan kita doa untuk keburukan tetapi kalau nyata dan terang sama ada individu atau organisasi yang bertindak bertentangan dengan tuntutan agama, adakah kita harus bersekongkol? "Seharusnya kita doa agar ALLAH bagi rahmat dan berdoa kezaliman ini akan dihentikan," katanya.

Fuh memang hebatlah si Azmin ni , maklumlah dalam orang dok bercakap soal siapa nak jadi PM kalau Pakatan Haprak memerintah nama beliau langsung tidak di sebut.Jadi untuk memastikan nama sendiri ada dalam senarai menteri-menteri kanan sekarang adalah masa yang cukup sesuai untuk beliau bersuara supaya juak-juak Pakatan Haprak yang lain tahu oo rupa-rupanya ada orang nama Azmin yang perlu Pakatan Haprak masukkan.

Hehe strategi lama laa Azmin budak yang belajar dekat PASTI pun tau buat kerja macam ni !!

Cumanya MMI tertarik dengan kenyataan Azmin yang berbunyi "Bukan kita doa untuk keburukan tetapi kalau nyata dan terang sama ada individu atau organisasi yang bertindak bertentangan dengan tuntutan agama, adakah kita harus bersekongkol ? 

Betul tu Azmin bab ni MMI sokong jadi maksudnya Azmin sememangnya antara barisan pemimpin dalam Pakatan Haprak yang tak seharusnya diangkat untuk mengisi mana-mana jawatan dalam kerajaan nanti (kalau PR menang) sebab Azmin ni .......



Kepada Azmin jangan terasa hati pula sebab MMI ulas berdasarkan kenyataan daripada Azmin sendiri.Jadi jelaslah Azmin bukanlah pemimpin yang baik untuk diangkat sebagai pemimpin negara.

Tapi satu ja lah dasar Pakatan Haprak bukannya depa tengok benda ni dan kerana itulah Anwar disebut sebagai bakal PM walaupun Hadi Awang dok kata...Nak juga ! Nak juga ! jadi tak mustahil Azmin pun bakal diangkat juga oleh puak-puak ni..

Sekarang ni semuanya terletak di tangan rakyat , keputusan di tangan anda jadi andalah yang menentukannya...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels